Hukum Takbir Raya Berjemaah

Hukum Takbir Raya Berjemaah

20 views

Hukum Takbir Raya Berjemaah
Soal :

Adakah benar dakwaan satu firqah yang mengatakan bertakbir raya secara beramai-ramai atau berjemaah adalah bidaah yang sesat dan berdosa siapa yang melakukannya?

Jawab :

Hukum mengucapkan takbir sempena hari raya pada waktu yang telah ditetapkan adalah suatu amalan yang sangat besar fadhilatnya dan diperintah olih Allah dan Rasul-Nya.

Hadith-hadith berkenaan takbir raya tidak menetapkan mesti bertakbir seorang diri dan tidak juga mesti secara berkumpulan.

Bila sahaja kita berkesempatan mengucapkan takbir maka ucapkanlah samada ketika sendirian atau berkumpulan. Semuanya akan mendapat ganjaran dan diberi pahala olih Allah.

Berkata Al-Imam Al-Hafiz Al-Asqalany diriwayatkan dari ‘Ubaid bin ‘Umair katanya :

كان عمر يكبر في قبته بمنى ، ويكبر أهل المسجد ويكبر أهل السوق ، حتى ترتج منى تكبيرا

Artinya : “Adalah Umar r.a. bertakbir di dalam kubahnya di Mina lalu bertakbir olih orang-orang di masjid dan bertakbir juga orang-orang di pasar sehingga bergema Mina dengan takbir.” (Kitab Fathul Baari Syarah Sahih Bukhari)

Maka atsar Umar r.a. ini menjadi dalil disyariatkan bertakbir secara beramai-ramai atau berkumpulan dengan suara yang satu samada di masjid, di jalanan, di pasar dan di mana sahaja.

Berkata Imam Syafie :

فإذا رأوا هلال شوال أحببت أن يكبر
الناس جماعة , وفرادى في المسجد والأسواق , والطرق ,
والمنازل , ومسافرين , ومقيمين في كل حال , وأين
كانوا , وأن يظهروا التكبير

Artinya : “Apabila melihat orang-orang akan anak bulan Syawal maka aku suka (yakni sunat) bahawa bertakbir orang-orang secara berkumpulan dan sendirian di masjid dan pasar dan jalan-jalan dan rumah kediaman dan orang yang musafir dan yang mukim pada segala keadaan dan dimana sahaja mereka berada. Dan sunat bahawa menguatkan mereka itu akan takbir.” (Kitab Al-Umm)

Perkataan Imam Syafie ini jelas membolihkan bertakbir samada secara berkumpulan atau sendirian.

روى عن سعيد ابن المسيب وعروة بن الزبير
وأبي سلمة وأبي بكر بن عبد الرحمن أنهم كانوا يكبرون
ليلة الفطر في المسجد يجهرون بالتكبير

Artinya : “Diriwayatkan dari Sa’id bin Musayyab dan ‘Urwah bin Zubair dan Abi Salamah dan Abi Bakr bin Abdul Rahman adalah mereka bertakbir pada malam raya fitrah di dalam masjid dan mengkuatkan suara mereka akan takbir.”

Kesimpulan

– Bertakbir pada hari raya dan malamnya adalah dituntut syarak dan diamalkan olih Rasulullah saw, para sahabat dan para ulama dahulu dan sekarang.

– Harus bertakbir secara berkumpulan dengan suara yang satu samada di masjid, jalanan, pasar, rumah kediaman dan lain-lain tempat.

– Perkataan yang mengatakan haram dan bidaah takbir secara berkumpulan adalah perkataan yang batil tidak bolih dipakai sama sekali kerana bertentangan dengan dalil-dalil yang sahih yang menyatakan sebaliknya.

Wallahua’lam. FP UAI Original

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Hukum Takbir Raya Bukan Pada Waktunya – Ustaz Azhar Idrus

https://www.youtube.com/watch?v=ssjNX3iD8NE