Hukum Takbir Raya

Hukum Takbir Raya

22 views

Hukum Takbir Raya
Disunatkan bertakbir apabila tiba hari raya yakni hari raya Fitrah dan hari raya Adha. Disunatkan bertakbir raya ini samada secara sendirian atau berjemaah.

Dalil-dalil Takbir Raya

Firman Allah Taala :

وَلِتُكْمِلُواْ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Artinya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu bertakbir membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu supaya kamu semua menjadi orang yang bersyukur.” (Al-Baqarah : 185)

Firman Allah :

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ

artinya : “Dan berzikirlah kamu sekelian dengan menyebut nama Allah pada beberapa hari-hari tertentu (Yakni hari-hari tasyrik).” (Al-Baqarah : 203)

Maksud berzikir di sini ialah mengucapkan takbir dan talbiah pada ketika mengejakan ibadah haji.

Diriwayatkan dari Ummu Athiyah r.a. berkata :

كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ، حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا، حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ، فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ، وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ‏.‏

Artinya : “Adalah kami diperintahkan keluar pada hari raya sehingga kami suruh keluar gadis-gadis yang masih dara dari rumah kediamannya dan sehingga kami suruh keluar juga wanita-wanita yang sedang haidh maka duduk mereka itu di belakang manusia. Maka mereka semua bertakbir dengan takbir orang ramai. Dan berdoa pula mereka itu dengan doa orang ramai dalam keadaan mengharapkan keberkatan hari raya tersebut dan kesuciannya.” (Hadith Bukhari)

Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. kata beliau :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ ”

Artinya : “Rasulullah saw telah bersabda : Hiasilah hari-hari perayaan kamu dengan bertakbir.” (Hadith Tobarani)

Jenis-Jenis Takbir & Waktunya

Ada dua jenis takbir hari raya yaitu takbir muqayyad dan takbir musral.

1. Takbir Muqayyad

Takbir Muqayyad adalah takbir yang dilafazkan mengiringi (yakni selepas) menunaikan solat sama ada solat fardhu atau solat sunat.

Waktu Takbir Muqayyad ialah selepas selesai menunaikan solat subuh pada 9 Zulhijjah dan akhir sekali ialah selesai menunaikan solat asar pada hari yang ke 13 Zulhijjah.

Jadi disunatkan bertakbir selepas setiap selesai solat yaitu selesai solat subuh 9 Zulhijjah, selesai solat zuhur pada hari tersebut, selesai solat asar dan berterusan setiap kali selesai solat sehingga solat yang terakhir sekali disunatkan bertakbir ialah solat asar hari yang ke 13 Zulhijjah. Inilah pendapat yang diamalkan sebagai mana disebut dalam kitab-kitab muktabar seperti Al-Majmu’, Raudhah dan Tuhfah Syarah Minhaj lain-lain.

Menurut pendapat paling sahih takbir muqayyad hanya pada hari raya Adha dan tidak disunatkan pada hari raya fitrah.

Manaka pendapat yang kedua mengatakan disunatkan juga takbir muqayyad pada hari raya fitrah yaitu selepas solat maghrib, isyak dan subuh pagi hari raya.

Dan disunatkan bertakbir terlebih dahulu selesai sahaja dari solat yang dikerjakan sebelum berzikir dengan zikir-zikir yang lain.

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. :

أنه كان يكبر بعد صلاة الفجر يوم عرفة إلى صلاة العصر من آخر أيام التشريق ويكبر بعد العصر

Maksudnya : “Sesungguhnya beliau (yakni Ali bin Ai Talib) telah bertakbir selepas solat subuh pada hari Arafah hingga solat asar pada hari terakhir tashrik dan beliau bertakbir selepas selesai solat asar.” (Hadith Ibnu Abi Syaibah)

Diriwayatkan dari ‘Ammar r.a. katanya :

أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ ، آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

“Sungguhnya Nabi saw adalah baginda bertakbir pada hari Arafah selepas solat subuh dan berhenti selepas solat asar hari Tasyrik (yakni 13 Zulhijjah)”. (Hadith Al-Hakim)

Sebahagian ulama berkata tidak dikaitkan dengan selesai solat untuk mengucapkan takbir bahkan sebarang waktu dari hari Arafah hingga hari ke 13 Zulhijjah disunatkan bertakbir.

2. Takbir Mursal

Takbir mursal artinya takbir yang dilucapkan secara bebas tanpa kaitan dengan selesai menunaikan solat.

Waktunya bermula daripada masuk waktu maghrib malam hari raya Fitri dan hari raya Adha dan berkekalanlah sepanjang dua malam hari raya tersebut. Dan berkahir waktunya dengan takbiratul ihram solat sunat hari raya menurut pendapat yang paling sahih.

Az-Zuhri meriwayatkan :

كان يخرج يوم الفطر فيكبر حتى ياتي المصلى وحتى يقضي الصلاة فإذا قضى الصلاة قطع التكبير ن رسول الله

artinya : “Sesungguhnya Rasulullah adalah baginda keluar pada hari raya Fitri maka baginda bertakbir sehingga tiba di tempat solat dan berterusan sehingga menunaikan solat. Apabila telah selesai solat hari raya baginda tidak lagi bertakbir”. (Hadith Ibnu Abi Syaibah)

Takbir mursal ini diucapkan tidak mengira waktu dan tempat maka sunat bertakbir pada waktu malam atau siang dan pada sebarang tempat seperti di masjid, surau, jalanan, rumah, padang, tepi pantai, dalam kenderaan dan dimana sahaja melainkan pada tempat yang dilarang menyebut zikrullah seperti di dalam tandas.

Lafaz Takbir Raya

Ada beberapa lafaz takbir yang diucapkan olih para sahabat dan salafusolih. Antara lafaznya ialah اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a. adalah beliau mengucapkan :

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Artinya : “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah.” (Musannaf Ibn Abi Syaibah)

Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. mengucapkan takbir seperti berikut :

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَأَجَلُّ , اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

(Musannaf Ibn Abi Syaibah).

Berkata Imam Son’ani :

وفي الشرح صفات كثيرة واستحسانات عن عدة من الأئمة ، وهو يدل على التوسعة في الأمر وإطلاق الآية يقتضي ذلك

Artinya : “Dan tersebut pada syarah tentang takbir raya terdapat beberapa rupa yang banyak yang dikira elok di sisi beberapa imam-imam. Dan ia menjadi dalil atas luasnya perintah bertakbir dan kemutlakan ayat menghendaki yang demikian itu.” (Kitab Subulusslam)

Takbir Yang Lebih Panjang

Dan harus pula mengucapkan takbir yang lebih panjang seperti yang diucapkan olih umat Islam di Malaysia yaitu :

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Berkata Imam As-Syafie :

وَإِنْ زَادَ فقال : اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا اللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اللَّهَ مُخْلِصِينَ له الدَّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ : فَحَسَنٌ

Artinya : “Jikalau seorang yang bertakbir menambah dengan menyebut sebagai sebutan di atas maka ia adalah elok.” (Kitab Al-Umm)

Kaum Wanita Bertakbir

Kaum wanita juga disunatkan bertakbir pada malam dan hari raya samada di masjid atau di rumah atau di tempat-tempat lain.

Berkata Imam Ibn Rajab al-Hanbali :

ولا خلاف في أن النساء يكبرن مع الرجال تبعاً ، إذا صلين معهم جماعة ، ولكن المرأة تخفض صوتها بالتكبير .

Artinya : “Dan tiada khilaf pada masalah kaum wanita harus bertakbir bersama kaum lelaki apabila mereka turut sama mengerjakan solat dengan kaum lelaki. Dan tetapi hendaklah kaum wanita merendahkan suara mereka ketika bertakbir itu.” (Fathul Baari)

Sunat Bertakbir Dengan Kuat

Kaum lelaki disunatkan menguatkan ucapan takbir hari raya.

Diriwayatkan :

أن ابن عمر كان إذا غدا يوم الفطر ويوم الأضحى، يجهر بالتكبير حتى يأتي المصلى ثم يكبر حتى يأتي الإمام

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

artinya : “Sesungguhnya Ibnu Umar apabila keluar untuk solat di hari ‘Idul Fithri dan ‘Idul Adha beliau menguatkan suaranya ketika bertakbir sehingga tiba di tempat solat kemudian beliau meneruskan takbir sehingga tiba imam”. (Hadirth Ad-Daruquthni)

Wallahua’lam. FP UAI Original

Hukum Takbir Raya Bukan Pada Waktunya – Ustaz Azhar Idrus

https://www.youtube.com/watch?v=ssjNX3iD8NE