Hukum Ziarah Kubur Hari Raya

Hukum Ziarah Kubur Hari Raya

20 views

Hukum Ziarah Kubur Hari Raya
Hukum ziarah kubur adalah sunat dan sangat dianjurkan olih syarak. Rasulullah saw sendiri melakukan ziarah kubur ketika hayat baginda dan menyuruh pula umatnya supaya ziarah akan kubur.

Antara faedah ziarah kubur itu ialah ianya dapat mengingatkan orang yang ziarah tentang kematian dan hari akhirat.

Dari Ali bin Abi Tholib r.a. Rasulullah saw bersabda :

إِنِّي كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا فَإِنَّهَا تُذَكِّرُكُمِ الْآخِرَةَ

Artinya : “Sungguhnya dulu aku larang kamu sekelian daripada ziarah akan kubur. Maka sekarang ziarahlah kamu sekelian akan kubur. Maka sunguhnya ziarah kubur itu bolih mengingatkan kamu sekelian akan akhirat. “ (Hadith Ahmad)

Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda :

فَزُورُوَا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكّركُمُ الـمَوتَ

Artinya : “Maka ziarahlah kamu sekelian akan kubur maka sungguhnya ia dapat mengingatkan akan kamu kepada kematian.” (Hadith Ibnu Hibban)

Waktu untuk ziarah kubur tidak ditetapkan dengan bulan atau hari yang tertentu. Seorang itu harus melakukan ziarah bila sahaja dia berkelapangan pada mana-mana bulan dan pada mana-mana hari yang ia suka.

Sungguh pun ada setengah pendapat yang mengatakan afdhal ziarah pada masa yang tertentu tetapi mereka tidak mensyaratkannya dan tidak pula berlaku kesepakatan atasnya.

Begitu juga dengan ziarah kubur pada hari perayaan seperti yang banyak kita lihat dikerjakan olih umat Islam. Hukumnya adalah harus sama ada ziarah sehari sebelum hari raya atau pada hari raya atau sehari selepas hari raya.

Ulamak Al-Azhar telah berfatwa :

وَمِنْ هُنَا نَعْلَمُ أَنَّ زِيَارَةَ النَّاسِ لِلْمَقَابِرِ عَقِبَ صَلَاةِ الْعِيْدِ إِنْ كَانَتْ لِلْمَوْعِظَةِ وَتَذَكُّرِ مَنْ مَاتُوْا وَكَانُوْا مَعَهُمْ فِى الْأَعْيَادِ يُنَعَّمُوْنَ بِحَيَاتِهِمْ ، وَطَلَبِ الرَّحْمَةِ لَهُمْ بِالدُّعَاءِ فَلَا بَأْسَ بِذَلِكَ أَبَدًا

artinya : “Disini dapat kita ketahui sungguhnya ziarah manusia akan kuburan selepas sembahyang hari raya jika adalah bertujuan mendapat pengajaran dan mengingati akan orang-orang yang telah mati yang adalah dahulu mereka hidup bersama orang yang ziarah itu pada hari-hari perayaan merasai kesenangan hidup dan kerana menuntut rahmat Allah dan doa bagi mereka maka hukumnya tidak menjadi kesalahan dengan demikian itu selamanya.” (Fatawa Al-Azhar)

Diriwayatkan daripada Atha’ bin Saib berkata ia :

صَلَّيْتُ الْفَجْرَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ فِي يَوْمِ الْفِطْرِ فَإِذَا أَبُوْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَعَبْدُ اللهِ بْنُ مَعْقِلٍ فَلَمَّا قَضَيْنَا الصَّلَاةَ خَرَجَا وَخَرَجْتُ مَعَهُمَا إِلَى الْجَبَانَةِ.

artinya : “Aku pernah sembahyang subuh pada masjid ini pada hari raya fitrah. Maka bertemu aku dengan Abu Abdul Rahman dan Abdullah bin Ma’qil. Maka selepas kami menunaikan sembahyang keduanya keluar dan kau pun keluar bersama keduanya pergi ke tanah perkuburan.” (Musonnaf Ibnu Abi Syaibah)

Daripada dalil tersebut terjawab sudah bahawa harus hukumnya ziarah kubur pada hari perayaan dan mendapat pahala kerana dikira telah melakukan anjuran Rasulullah saw sebagai dalam hadith yang telah disebut.

Perkataan orang yang mengatakan bidaah ziarah kubur pada hari raya adalah bidaah adalah tidak betul kerana tidak ada satupun hadith atau atsar atau fatwa imam-imam mujtahid yang melarang ziarah kubur pada hari perayan.

Cuma bagi yang ziarah kubur pada hari perayaan janganlah beriktikad bahaw ziarah mereka pada hari tersebut adalah wajib atau afdhal atau ditetapkan olih syarak.

Dan jangan pula ziarah kubur itu bertujuan supaya bersedih hati kerana pada hari perayaan kita disuruh bergembira. Ulamak memakruhkan ziarah kubur pada hari raya jika dengan tujuan menjadikan bersedih dan dukacita.

Ziarahlah kubur pada bila masa sahaja yang kita mahu dan bila sahaja kita berkelapangan.

Kepada siapa yang ziarah akan kubur perlulah dijaga akan adab-adab ziarah kubur dan janganlah dilakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ziarah.

Antara adab ziarah kubur ialah memberi ucapan salam apabila sampai di kubur yang hendak diziarahi itu.

Sekurang-kurang lafaz salam ialah :

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ

Dan yang afdhal ialah ucapan salam yang datang dalam hadith-hadith Nabi saw.

Rasulullah saw mengajar para sahabat yang datang ke kubur supaya membaca ucapan :

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لَلَاحِقُونَ أَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ

Artinya : Semuga selamat sejahtera atas kamu sekelian ahli kubur dari orang-orang beriman lelaki dan perempuan. Dan sungguhnya kami insyaAllah dengan kamu sekelian pasti akan bertemu. Aku mohon akan Allah bagi kami dan bagi kamu akan keselamatan.” (Hadith Muslim)

Kesimpulan

– Ziarah kubur adalah sunat hukumnya.

– Ziarah kubur dapat mengingatkan kepada akhirat dan kematian.

– Ziarah kubur pada hari raya adalah harus dan tidak menjadi kesalahan.

– Perkataan yang melarang ziarah kubur pada hari raya adalah tidak betul.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

– Jagalah adab ketika ziarah akan kubur.

wallahua’lam. FP UAI Original

Hukum ziarah kubur pada hari Raya : USTAZ AZHAR IDRUS