Kafiat dan Kelebihan Selawat Nariah Yang Sangat Baik

Antara selawat yang sangat elok dibaca ialah Selawat Nariah. Lafaz lengkapnya adalah seperti berikut :

اَللّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلاَمًا تَامًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

artinya :

“Ya Allah! Engkau limpahkanlah selawat yang sempurna dan curahkanlah salam kesejahteraan yang meliputi kepada junjungan besar kami Nabi Muhammad saw yang dengan sebab baginda terlerai segala kesulitan. Dan terlepas dengan sebabnya dari kesusahan-kesusahan. Dan terpenuhi dengan sebabnya segala hajat. Dan tercapai dengan sebabnya segala yang dicita serta husnul khatimah. Dan turun hujan dengan sebab keberkatannya. Dan juga ke atas keluarganya dan para sahabatnya pada setiap hembusan nafas sebanyak hitungan yang Engkau ketahui.”

Fadhilat & Kelebihan Selawat Nariah

Antaranya ialah :

1. Mendapat rahmat semasa hidup di dunia dan keampunan Allah swt di akhirat nanti.

Dari Abu Hurairah r.a. :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ” مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بها عَشْرًا

artinya : “Sungguhnya Nabi saw bersabda : “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali selawat nescaya Allah akan limpahkan ke atasnya dengan sebabnya akan sepuluh rahmat.” (Hadith Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)

2. Akan bersama dengan Nabi saw dari mula dibangkitkan di akhirat nanti sampai ke syurga.

Dari Anas bin Malik r.a. :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ “إِنَّ أَقْرَبَكُمْ مِنِّي يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي كُلِّ مَوْطِنٍ أَكْثَرُكُمْ عَلَيَّ صَلَاةً فِي الدُّنْيَا

artinya : “Sungguhnya Nabi saw bersabda : Bahawasanya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat di segala tempat adalah orang yang paling banyak selawat ke atasku di dunia.” (Hadith Baihaqi)

3. Memperolehi kedudukan yang utama bersama Nabi di hari kiamat.

Dari Ibnu Mas’ud r.a. :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً

artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw bersabda : Manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat adalah yang terbanyak mereka itu atasku berselawat.” (Hadith Tirmizi)

4. Akan didoakan olih makhluk yang maqbul doanya yaitu doa para malaikat.

Dari Amir bin Rabi’ah r.a. :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً لَمْ تَزَلْ الْمَلَائِكَةُ تُصَلِّي عَلَيْهِ مَا صَلَّى عَلَيَّ فَلْيُقِلَّ عَبْدٌ مِنْ ذَلِكَ أَوْ لِيُكْثِرْ

artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa berselawat atasku sekali selawat maka sentiasa turun malaikat berdoa ke atasnya selama dia berselawat ke atasku. Maka selawatlah samada sedikit atau banyak.” (Hadith Ibnu Majah & Imam Ahmad)

5. Allah ampunkan segala dosa dan dihilangkan segala kesedihan.

Dari Ubai bin Ka’ab r.a. berkata ia :

قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي قَالَ مَا شِئْتَ قُلْتُ الرُّبُعَ قَالَ مَا شِئْتَ وإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قُلْتُ فالنِّصْفَ قَالَ مَا شِئْتَ وَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قَالَ قُلْتُ فَالثُّلُثَيْنِ قَالَ مَا شِئْتَ وَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قُلْتُ أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا قَالَ إِذن تُكْفَى هَمَّكَ وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ

artinya : “Ya Rasulullah! Aku selalu membanyakkan selawat atasmu. Maka berapa banyak bilangan yang aku bolih berselawat ke atasmu? Jawab baginda : Sesuka hati engkau. Aku bertanya lagi : Kalau suku dari masaku? Jawab baginda : Suka hati engkaulah. Jika lebih banyak engkau selawat maka lebih baik bagimu. Aku bertanya lagi : Kalau separuh dari masaku? Jawab baginda : Sesuka hati engkaulah. Kalau engkau tambah maka lebih baik bagimu. Kataku : Kalau begitu aku peruntukkan masa dua pertiga untuk selawat. Jawab baginda : Ikut suka engkaulah.Kalau engkau tambah maka ia lebih baik bagimu. Aku berkata : Jika begitu aku peruntukkan semuanya untuk berselawat ke atasmu. Kata baginda : Jika begitu maka sudah memadai untuk menghilangkan resah dan sedih pada hatimu dan diampunkan segala dosamu.” (Hadith Tirmizi & Hakim)

Mari kita semua membanyakkan selawat ke atas baginda Nabi saw mudah-mudahan kita mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat..Aaamiin.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original.

Keajaiban Selawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W.wmv

error: Content is protected !!