Kecelakaan Berutang Dan Hukum Sedekah Orang Yang Tidak Membayar Hutang

Kecelakaan Berutang Dan Hukum Sedekah Orang Yang Tidak Membayar HutangDari Ibnu ‘Umar r.a. Nabi saw bersabda :

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ

artinya “Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih berhutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dibayar dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) sebab di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (Hadith Ibnu Majah)

Maksudnya :

Siapa yang mati padahal dia ada berhutang ketika hidupnya samada sedikit atau banyak, maka di akhirat nanti yang berhutang ini akan membayar hutangnya kepada tuan hutang dengan cara memberikan pahala kebaikkannya kepada tuan hutang dari kerana di akhirat nanti tidak diterima lagi harta atau wang ringgit untuk membayar hutang.

Orang yang berhutang sekalipun dia banyak pahala amal solih, akan kekurangan atau kehabisan pahala disebabkan telah diberikan kepada tuan hutang sebagai ganti bayar hutang.

Bayangkan pula kalau yang berhutang dengan jumlah yang besar manakala pahalanya pula sedikit, akan muflislah dia daripada pahala lalu dimasukkan ke neraka disebabkan tiada lagi kebaikkan yang tinggal.

Tersebut dalam kitab Mughni Muhtaj :

من عليه دين يستحب أن لا يتصدق حتى يؤدي ما عليه. قلت: الأصح تحريم صدقته بما يحتاج إليه لنفقة من تلزمه نفقته ، أو لدين لا يرجو له وفاء

maksudnya : Barang siapa yang ada atasnya hutang digalakkan baginya tidak bersedekah sehinggalah dia membayar hutang yang wajib atasnya membayar itu. Pendapat yang paling sahih haram ia bersedekah dengan harta yang diperlukan untuk keperluan nafaqah orang2 yang wajib nafaqahnya atau bersedekah dengan harta untuk membayar hutang yang tidak diharapkan membayarnya. ( juz 4 ms 197)

Keterangan

– Siapa yang berhutang maka wajiblah membayarnya, dari kerana tidak membayar hutang adalah haram dan berdosa.

– Orang yang berhutang dan dia hanya ada harta yang cukup untuk membayar hutang maka haram dia bersedekah dan berderma.

– Orang yang ada hutang tidak salah bersedekah jika dia ada harta yang lebih dari harta yang cukup untuk membayar hutang.

– Orang yang tidak membayar hutang dengan sengaja menjadi orang orang yang fasiq tidak bolih diterima menjadi saksi kerana dia adalah khianat.

– Hutang tidak selesai dengan kematian tetapi akan dituntut membayarnya juga di akhirat nanti.

Dari ‘Aisyah ra, bahwasanya beliau berkata, “Dulu Nabi saw selalu berdoa di dalam sembahyangnya:

( اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ, اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ )

artinya :

“Ya Allah. Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari azab kubur, dan dari fitnah Dajjal dan dari fitnah hidup dan fitnah mati.
Ya Allah. Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari perkara2 yang menyebabkan dosa dan dari berhutang“

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

wallahua’lam. FP UAI Original

Tak Bayar Zakat Tapi Selalu Bersedekah..’Haji Bakhil’ – Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus – Dahulu Zakat Atau Hutang

error: Content is protected !!