Kisah Para Sahabat Nabi iaitu Sa’ad Bin Mu’az

Kisah Para Sahabat Nabi iaitu Sa'ad Bin Mu'az

Seorang sahabat Nabi yang bernama Saad bin Muaz bin Nu’man al-Ausi Al-Ansari ia adalah antara seorang sahabat yang paling diberkati dalam Islam. Ia diislamkan oleh Mus’ab bin Umair r.a. ketika ia ditugaskan olih Rasulullah saw ke Madinah untuk mengajarkan kaum muslimin disana.

Ketika pertama kali memeluk Islam dia berkata kepada Bani Adbul Asyal :

“Perkataan laki-laki dan perempuan daripada golongan kamu bagiku adalah haram sampai kamu memeluk agama Islam, kemudian mereka berbondong-bondong memeluk agama Islam dan tidak ada seorang pun yang menentangnya.”

Ketika Saad bin Muaz r.a. tercedera dia berdoa agar Allah tidak mencabut nyawanya sehingga dia dapat mengislamkan Bani Quraizah . Rasulullah saw , Saidina Abu Bakar , dan Saidina Umar serta para sahabat yang lain datang menziarahinya.

Berkata Aisyah r.a. :

“Demi Allah yang nyawaku ada pada genggamanNya sesungguhnya aku tidak dapat memastikan tangisan Saidina Abu Bakar dari tangisan Saidina Umar.

Umar bin Syarhabil berkata:”Sesungguhnya ketika Saad bin Muaz r.a. luka parah Rasulullah saw memeluknya sehingga darah berlumuran ke atas tubuh Baginda saw.

Lalu datanglah Saidina Abu Bakar r.a. kemudian berkata :

“Hancurlah hatinya.”

Umar pula berkata :

“Inaa lilaahi wa inna ilaihi rajiuun”.

Lalu Jibril datang dan menyampaikan berita kepada Rasulullah saw bahawa pintu langit telah dibukakan untuk Saad dan telah disiapkan singgahsana untuknya.

Jabir bin Abdullah r.a. berkata :

“Telah bergegar arasy Allah atas kematian Saad bin Muaz ”

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda :

“Kematian Saad bin Muaz telah menyebabkan bergeraknya Arasy dan dibukakan pintu – pintu langit dan turunnya tujuh puluh ribu malaikat semasa kematian Saad bin Muaz r.a.”

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Sa’ad bin Muadz | Ust. DR. Khalid Basalamah, MA

error: Content is protected !!