Kisah Yahya Al-Laitsi & Gajah

Kisah Yahya Al-Laitsi & Gajah

Yahya bin Yahya bin Katsir Al-Laitsi (wafat 848M) yang gelarannya Abu Muhammad ra adalah seorang ulama besar dari negeri Andalus (Sepanyol) yang menjadi murid Imam Malik ra. Beliau seorang yang sangat hebat dan akhlaknya sangat terpuji dikatakan menyerupai penampilan Imam Malik ra.

Telah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Yahya sedang berada dalam majlis ilmu Imam Malik di Madinah. Tiba-tiba kedengaran suara diluar olih seorang lelaki berteriak ada seekor gajah sedang lalu. Maka semua murid-murid Imam Malik meluru keluar untuk melihat gajah tersebut kecuali Yahya Al-Laitsiy. Di Madinah, kehadiran gajah adalah suatu yang jarang berlaku memandangkan haiwan tersebut tidak terdapat di Jazirah Arab.

Melihat keadaan hanya Yahya seorang sahaja yang tidak keluar maka Imam Malik bertanya kepada Yahya :

” لِمَ لم تخرج فتراه، إذ ليس بأرض الأندلس؟ ”

“Kenapa kamu tidak keluar ikut sama melihatnya, kerana bukankah gajah tidak ada di daerah Andalus?”

Yahya menjawab :

” إنما جئت من بلدي لأنظر إليك وأتعلم من هديك وعلمك ، لا إلى أن أنظر إلى الفيل ”

“Sesungguhnya aku datang dari negeriku hanya untuk melihatmu dan belajar dari panduanmu dan ilmumu, bukan aku datang untuk melihat gajah.”

Mendengar jawapan tersebut Imam Malik berasa kagum kepadanya dan menggelarnya “Al-‘Aaqil” (artinya yang bijak).

Semuga kita semua dapat mengambil pengajaran yang berfaedah dalam kisah tersebut.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Ustaz Azhar Idrus – Dunia Akhir Zaman

error: Content is protected !!