Pengertian Sembahyang Tarawih

Lengkap Ilmu Sembahyang Terawih

20 views

Pengertian Sembahyang Tarawih

Pengertian Sembahyang Tarawih

Tersebut pada Kitab Mausu’ah al-Fiqh al-Islami lafaz Tarawih (التراويح) merupakan bentuk jamak dari lafaz tarwihah (ترويحة), yang berarti istirahat. 

Kata tarwihah asalnya digunakan untuk menyebut perbuatan duduk-duduk (الجلسة) secara mutlak. Dan perbuatan duduk-duduk untuk istirahat setiap empat rakaat sembahyang malam di bulan Ramadhan dinamakan tarwihah. Sehingga sembahyang malam di bulan Ramadhan dinamakan dengan sembahyang tarawih kerana sembahyang tersebut dilaksanakan dalam waktu yang panjang dan diselangi dengan duduk-duduk untuk istirahat setiap selesai empat rakaat.

Imam al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata : “Sembahyang jemaah yang dilaksanakan di malam bulan Ramadhan dinamakan tarawih karena orang-orang (yakni para shahabat) pertama kali melaksanakannya berehat pada setiap dua kali salam.” (Fath al-Bari )

Pada sisi istilah para fuqaha mendefinasikan sembahyang tarawih dengan qiyam Ramadhan di awal malam atau qiyam di bulan Ramadhan dua rakaat-dua rakaat yang para fuqaha berbeza pendapat tentang jumlah rakaatnya dan beberapa masalah lainnya sebagaimana tersebut pada kitab Al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah.

Istilah sembahyang tarawih sendiri belum terkenal di masa Rasulullah saw. Perkara ini dapat diketahui dari tidak adanya riwayat yang menyebut istilah tersebut di masa Rasulullah saw. Pada zaman Rasulullah saw istilah yang dikenal hanyalah qiyam Ramadhan.

Hukum Sembahyang Tarawih

Para ulama sepakat disunatkan sembahyang tarawih di bulan Ramadhan. Dan menurut fuqahak Hanafiyah, Syafi’iyah dan Hanabilah sembahyang tarawih merupakan sunat muakkadah. Ia sunat dikerjakan olih laki-laki dan perempuan.

Kesepakatan ulama atas sunatnya sembahyang tarawih juga disebutkan oleh Imam an-Nawawi pada kitab Al-Majmu’.

Hal ini berdasarkan hadith sahih dari Rasulullah saw :

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Artinya: “Barangsiapa yang mendirikan qiyam Ramadhan kerana iman dan kerana mengharap pahala dari sisi Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”(Hadith Bukhari & Muslim)

Juga berdasarkan riwayat dari ‘Aisyah r.a. bahawa pada suatu malam di bulan Ramadhan Rasulullah saw sembahyang di masjid lalu beberapa orang kemudiannya mengikuti baginda. Dan orang-orang yang mengikuti baginda bertambah ramai pada malam-malam berikutnya sampai pada malam ketiga atau keempat Rasulullah saw tidak keluar untuk melakukan sembahyang bersama orang ramai kemudian pada subuhnya baginda telah bersabda :

قد رأيت الذي صنعتم ولم يمنعني من الخروج إليكم إلا أني خشيت أن تفرض عليكم

Artinya: “Sungguh aku telah lihat apa yang telah kamu sekelian lakukan dan tidak ada yang menghalang aku keluar sembahyang bersama kamu semua kecuali aku bimbang ianya difardhukan ke atas kamu.”(Hadith Bukhari & Muslim)

Juga berdasarkan atsar dari ‘Umar ibn Al-Khathab r.a. yang mentradisikan sembahyang tarawih secara berjemaah dipimpin oleh satu imam.

Dan pada masa itu ramai para shahabat dari kalangan Muhajirin dan Anshar dan tidak ada seorangpun yang mengingkari perbuatan ‘Umar tersebut bahkan mereka menyokong beliau. Maka jadilah sekelian para sahabat bersetuju atau ijmak atas amalan yang diperintahkan olih Umar r.a. itu.

Sejarah Sembahyang Tarawih

Ada dua masa sejarah sembahyang tarawih. Pertamanya adalah di masa Rasulullah saw dan masa yang kedua ialah di masa ‘Umar Al-Khathab r.a.

Berdasarkan riwayat dari ‘Aisyah r.a. pada sahih Bukhari dan Muslim Rasulullah saw pada suatu malam di bulan Ramadhan keluar menuju masjid untuk melaksanakan sembahyang malam. Hal itu kemudian diikuti oleh beberapa sahabat. Pada malam berikutnya jumlah jemaah sembahyang tersebut semakin bertambah. Hingga pada malam ketiga atau keempat para sahabat yang jumlahnya begitu ramai menunggu-nunggu baginda di masjid untuk sembahyang bersama baginda tetapi baginda tidak hadir. Kemudian pada subuhnya Nabi saw bersabda sebagaimana riwayat yang sudah disebutkan di atas.

Pada masa yang kedua yaitu di masa ‘Umar Al-Khathab r.a. mulai dibiasakan sembahyang sunat tarawih secara berjamaah yang dipimpin oleh seorang imam dan tradisi tersebut berjalan sampai ke hari ini.

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari ‘Abdurrahman ibn ‘Abd Al-Qari bahawa pada suatu malam di bulan Ramadhan beliau keluar menuju masjid bersama ‘Umar ibn Al-Khathab r.a. dan di masjid tersebut orang-orang sembahyang secara berkelompok-kelompok. Ada yang sembahyang sendirian dan ada juga yang menjadi imam untuk sekelompok kecil manusia. Melihat pada hal ini ‘Umar kemudian berkata : Menurutku seandainya mereka semua ini dikumpulkan pada seorang imam (yang akan menjadi imam bagi mereka semua) tentu ia lebih baik. Kemudian beliau melaksanakannya dan melantik Ubay bin Ka’ab r.a. sebagai imam bagi mereka semua.
Kemudian ‘Abdurrahman ibn ‘Abd Al-Qari bersama ‘Umar Al-Khathab keluar lagi di malam berikutnya dan pada saat itu orang-orang sembahyang diimami oleh imam mereka. Melihat hal tersebut, ‘Umar berkata “Sebaik-baik bid’ah inilah dia. Dan orang-orang yang tidur lebih baik dari orang-orang yang sembahyang (yang bermaksud orang yang tidur pada awal malam kerana mengerjakan sembahyang pada akhir malam adalah lebih afdhal dari yang sembahyang awal malam kemudian tidur).”

Bilangan Rakaat Sembahyang Terawih

Bilangan Rakaat Sembahyang Terawih

Tidak ada satu pun hadith sahih atau hasan yang ada menyebutkan bilangan rakaat tarawih yang ditetapkan olih Rasulullah saw sebanyak bilangan yang tetap.

Hadith sahih yang datang kepada kita dari Rasulullah saw tentang sembahyang tarawih adalah umum tanpa ditetapkan bilangan rakaatnya. Bilangan rakaat yang diamalkan olih imam-imam mazhab ialah bersandarkan amalan Sayyidina Umar r.a. dengan persetujuan segala sahabat dan salafus solih dan berterusan sampai ke zaman sekarang.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُرَغِّبُ فِيْ قِيَامِ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَأْمُرَهُمْ فِيْهِ بِعَزِيْـمَةٍ فَيَقُوْلُ: مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْـمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Artinya : “Adalah Rasulullah saw menggalakkan pada melakukan sembahyang sunat Ramadhan daripada ketiadaan suruh yang bangsa wajib. Baginda bersabda :

”Siapa yang mendirikan qiam Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran dari sisi Allah maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadith Muslim)

Riwayat Bilangan Rakaat Tapi Bukan Ketetapan Dari Rasulullah saw.

Tersebut pada Sunan al-Baihaqi dengan isnad yang shahih sebagaimana ucapan Zain ad-Din al-Iraqi dalam kitab Syarah At-Taqrib dari As-Sa’ib bin Yazid katanya :

كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً

“Adalah orang-orang mendirikan sembahyang Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab r.a. pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”

Hadith ini telah sahihkan oleh Imam Nawawi dalam kitab Al-Khulasoh dan Al-Majmu’ dan ia diakui juga sebagai sahih oleh Az-Zayal’i dalam Kitab Nashb Ar-Rayah dan disahihkan oleh Imam As-Subki dalam Kitab Syarah al-Minhaj dan Ibnu al-Iraqi dalam Kitab Thorh at-Tathrib dan Imam Al-Hafiz Badarudin Al-’Aini dalam Kitab Umdah al-Qari Syarah Sahih Bukhari dan Imam Sayuthi dalam Kitab Al-Masabih fi Solat at-Tarawih dan Syeikh Ali al-Qari dalam Kitab Syarah al-Muwaththo’ dan Imam Nawawi dalam Kitab Athar As-Sunan dan para ulama’ lain.

Dan meriwayatkan olih Imam Malik :

عَنْ يَزِيْدَ ابْنِ رُمَانَ أَنَّهُ قَالَ: كَانَ النَّاسُ يَقُوْمُوْنَ فِيْ زَمَنِ عُمَرَ ابْنِ الْـخَطَّابِ بِثَلَاثٍ وَعِشْرِيْنَ رَكْعَةً

Artinya : “Daripada Yazid bin Ruman bahawasanya ia berkata : Adalah manusia pada zaman Umar r.a. mendirikan sembahyang sunat tarawih sebanyak 23 rakaat.” (Kitab Al-Muwattha’)

Berikut ialah pandangan ulamak-ulamak mazhab empat tentang rakaatnya :

1) Mazhab Hanafi

Menyebut olih Syeikh As-Sarakhsi Al-Hanafi :

إِنَّهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ عِندَنَا

“Sesungguhnya ia (Tarawih) ialah 20 rakaat selain witir di sisi kami.”(Kitab Al-Mabsuth)

Berkata Syeikh Al-Kasani An-Hanafi :

وَأَمَّا قَدْرُهَا فَعِشْرُونَ رَكْعَةً فِي عَشَرِ تَسْلِيمَاتٍ، فِي خَمْسِ تَروِيحَاتٍ، كُلُّ تَسْلِيمَتَيْنِ تَرْوِيحَةٌ، وَهَذَا قَوْلُ عَامَّةِ الْعُلمَاءِ

“Dan adapun kadarnya (rakaat tarawih) maka ialah 20 rakaat dengan 10 kali salam. Ada padanya 5 kali istirahat. Pada setiap 2 kali salam ada sekali istirahat. Dan inilah pendapat kebanyakan ulamak.”(Kitab Bada’i’ Ash-Shana’I)

Al-’Allamah Imam Ibnu Abidin Al-Hanafi berkata :

هُوَ قَوْلُ الْجُمْهُورِ، وَعَلَيْهِ عَمَلَ النَّاسُ شَرْقًا وَغَرْبًا قَوْلُهُ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً

“Perkataannya dan yaitu 20 rakaat adalah pendapat jumhur ulamak. Dan atas pendapat inilah orang ramai beramal di timur dan barat.” (Kitab Radd al-Mukhtar ‘ala Ad-Durr al-Mukhtar Hasyiah Ibn Abidin)

2. Mazhab Maliki

Al-Allamah Ad-Dardir Al-Maliki berkata :

(وَالتَّرَاوِيحُ ): بِرَمَضَانَ (وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً) بَعْدَ صَلاَةِ الْعِشَاءِ، يُسَلِّمُ مِن كُلِّ رَكْعَتَيْنِ غَيْرَ الشَّفع وَالْوِتْرِ. (وَ) نَدِبَ (الْخَتْمُ فِيهَا): أَيْ اَلتَّرَاوِيحِ، بِأَن يَقْرَأَ كُلَّ لَيْلَةٍ جُزْءًا يُفَرِّقُهُ عَلَى الْعِشْرِينَ رَكْعَةً

“Dan sembahyang Tarawih pada bulan Ramadhan ialah 20 rakaat selepas sembahyangt Isya’. Memberi salam pada setiap 2 rakaat selain sembahyang witir. Dan disunatkan mengkhatamkan Al-Quran dalamnya yakni Tarawih dengan cara membaca satu juzuk pada setiap malam yang dibahagi-bahagikan dalam 20 rakaat.” (Kitab Syarah ash-Shaghir Ad-Dardir)

Menyebut olih Al-’Allamah An-Nafrawi Al-Maliki :

(كَانَ السَّلَفُ الصَّالِحُ) وَهُمُ الصَّحَابَةُ (يَقُومُونَ فِيهِ) فِي زَمَنِ خِلاَفَةِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ. وَبِأَمْرِهِ كَمَا تَقَدَّمَ (فِي الْمَسَاجِدَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً) وَهُوَ اِخْتِيَارُ أَبِي حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ. وَالْعَمَلُ عَلَيْهِ اْلآنَ فِي سَائِرِ اْلأَمْصَارِ. (ثُمَّ) بَعْدَ صَلاَةِ الْعِشْرِينَ ( يُوتِرُونَ بِثَلاَثٍ) مِن بَابِ تَغْلِيبِ اْلأَشْرَفِ لاَ أَنَّ الثَّلاَثَ وِتْرٌ، لأَنَّ الْوِتْرَ رَكْعَةٌ وَاحدَةٌ كَمَا مَرَّ، – إِلَى أَن قَالَ – وَاسْتَمَرَّ عَمَلَ النَّاسُ عَلَى الثَّلاَثَةِ وَالْعِشْرِينَ شَرْقًا وَغَرْبًا. (ثُمَّ) بَعْدَ وَقَعَةِ الْحَرَّةِ بِالْمَدِينَةِ (صَلُّوا) أَيْ اَلسَّلَفُ الصَّالِحُ غَيْرَ الَّذينَ تَقَدَّمُوا، لأَنَّ الْمُرَادَ بِهمْ هُنَا مَن كَانَ فِي زَمَنِ عُمَرَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ (بَعْدَ ذَلِكَ) اَلْعَدَدُ الَّذِي كَانَ فِي زَمَنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ (سِتًّا وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً غَيْرَ الشَّفْعِ وَالْوِتْرِ) – إِلَى أَن قَالَ – : وَهَذَا اِخْتَارَهُ مَالِكٌ فِي الْمُدَوَّنَةِ وَاسْتَحْسَنَهُ. وَعَلَيْهِ عَمَلَ أَهْلُ الْمَدِينَةِ. وَرَجَحَ بَعْضُ أَتْبَاعِهِ اَلأَوَّلَ الَّذِي جَمَعَ عُمَرُ بْنِ الْخَطَّابِ النَّاسَ عَلَيْهَا لاِسْتِمْرَارِ الْعَمَلِ فِي جَمِيعِ اْلأَمْصَارِ عَلَيْهِ.

“Adalah Salafus Soleh iaitu para sahabat (mendirikan padanya) yaitu pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a. Dan dengan arahannya seperti yang disebutkan terdahulu untuk mendirikannya (di masjid-masjid dengan 20 rakaat) yaitulah pendapat yang dipilih oleh Abu Hanifah, Syafi’e dan Ahmad dan itulah yang diamalkan pada masa sekarang di seluruh tempat. (Kemudian) selepas sembahyang 20 rakaat (mereka mendirikan witir dengan 3 rakaat) yaitu termasuk dalam bab melebihkan bukanlah 3 rakaat itu dinamakan witir, sebab witir itu 1 rakaat saja seperti yang telah dijelaskan. Sehingga kepada perkataannya : Dan berterusanlah amalan orang ramai dengan 23 rakaat ini di timur dan barat. (Kemudian) selepas berlakunya kemarau di Madinah (mereka sembahyang) yaitu ‘Salafus Soleh’ bersembahyang tidak seperti yang mereka telah dilakukan.

Yang dimaksudkan ‘Salafus Soleh’ di sini ialah mereka yang berada pada masa Umar bin Abdul Aziz (selepas itu) (tidak seperti) bilangan yang telah dilakukan pada masa Umar bin Al-Khattab (yaitu dalam masa Umar bin Abdul Aziz, mereka melakukannya dengan) (36 rakaat tidak termasuk genap dan witir) – sehinggalah kepada perkataannya-: Dan inilah yang dipilih oleh Imam Malik di dalam Mudawwanah dan dia menganggap ia adalah baik (iaitu 36 rakaat itu). Dan pendapat ini menjadi pegangan penduduk Madinah. Dan sebahagian pengikut Imam Malik pendapat pertama (yaitu 20 rakaat) yang mana Umar bin Al-Khattab telah mengumpul orang ramai dengan bilangan ini agar amalan ini berterusan dilakukan di seluruh tempat.”(Kitab Al-Fawakih ad-Dawani)

3. Mazhab Sayfie

1) Disebutkan pada Kitab Mukhtashar Al-Muzani :

أَنَّ اْلإِمَامَ الشَّافِعِيَّ رحمه الله قَالَ: رَأَيْتُهُمْ بِالْمَدِينَةِ يَقُومُونَ بِتِسْعٍ وَثَلاَثِينَ وَأَحَبَّ إِلَيَّ عِشْرُونَ لأَنَّهُ رُوِيَ عَنْ عُمَرَ وَكَذَلِكَ بِمَكَّةَ يَقُومُونَ عِشْرِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ بِثَلاَثٍ.

“Sesungguhnya Imam Syafi’e berkata: Aku telah melihat mereka di Madinah mendirikan (sembahyangTarawih) dengan 39 rakaat. Dan aku menyukai 20 rakaat karena telah diriwayatkan dari Umar r.a. Dan begitu juga di Makkah mereka mendirikan 20 rakaat dan mengerjakan witir dengan 3 rakaat.”

2) Imam Nawawi berkata :

صَلاَةُ التَّرَاوِيحِ مِنَ النَّوَافِلِ الْمُؤَكَّدَةِ كَمَا دَلَّتْ عَلَى ذَلِكَ اْلأَحَادِيثُ الشَّرِيفَةُ الْمُتَقَدِّمَةُ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً مِنْ غَيْرِ صَلاَةِ الْوِتْرِ، وَمَعَ الْوِتْرِ تُصْبِحُ ثَلاَثًا وَعِشْرِينَ رَكْعَةً … عَلَى ذَلِكَ مَضَتِ السُّنَّةُ وَاتَّفَقَتِ اْلأُمَّةُ، سَلَفًا وَخَلَفًا مِنْ عَهْدِ الْخَلِيفَةِ الرَّاشِدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله عنه وأرضاه – إِلىَ زَمَانِنَا هَذَا … لَمْ يُخَالِفْ فِي ذَلِكَ فَقِيهٌ مِنَ اْلاَئِمَّةِ اْلأَرْبعَةِ الْمُجْتَهِدِينَ إِلاَّ مَا رُوِىَ عَنْ إِمَامِ دَارِ الْهِجْرَةِ مَالِكٍ بْنِ أَنَسٍ رضي الله عنه اَلْقَوْلُ بِالزِّيَادَةِ فِيهَا، إِلىَ سِتٍّ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً…فِي الرِّوَايَةِ الثَّانِيَةِ عَنْهُ – مُحْتَجًّا بِعَمَلِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ فَقَدْ رُوِيَ عَن نَافِعٍ أَنَّهُ قَالَ: أَدْرَكْتُ النَّاسَ يَقُومُونَ رَمَضَانَ بِتِسْعٍ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ مِنْهَا بِثَلاَثٍ

“Sembahyang Tarawih termasuk di dalam sembahyang sunat yang muakkad seperti mana yang ditunjukkan perkara itu oleh hadith-hadith yang mulia yang telah disebut terdahulu. Ia adalah sebanyak dua puluh rakaat selain dari sembahyang witir. (Jika) bersama maka jadilah jumlahnya 23 rakaat. Atas jalan inilah berlalunya sunnah dan sepakat sekelian umat dari kalangan Salaf dan Khalaf dari zaman Khulafa’ ar-Rasyidin Umar ibn Al-Khattab. Semoga Allah meridhainya dan dia meridhaiNya juga sampailah ke zaman kita ini. Tidak ada seorang pun ahli fiqah dari kalangan empat imam mazhab (Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah) membantah perkara ini melainkan apa yang diriwayatkan dari Imam Dar al-Hijrah Imam Malik bin Anas tentang pendapat yang lebih bilangannya pada sembahyang Tarawih kepada 36 rakaat. Dalam riwayat kedua daripada Imam Malik yaitu dengan hujahnya beramal dengan amalan penduduk Madinah iaitu : Sesungguhnya diriwayatkan dari Nafi’ sesungguhnya dia berkata: Aku mendapati banyak orang mendirikan Ramadhan (sembahyang tarawih) dengan 39 rakaat dan mereka mendirikan witir daripadanya sebanyak 3 rakaat.” (Kitab Syarah al-Muhazzab)

4. Mazhab Hanbali

Al-’Allamah Ibn Qudamah al-Maqdisi Al-Hanbali berkata :

وَالْمُخْتَارُ عِندَ أَبِي عَبْدِ اللهِ فِيهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً. وَبِهَذَا قَالَ الثَّوْرِيُّ وَأَبُو حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِيُّ. وَقَالَ مَالِكٌ: سِتَّةُ وَثَلاَثُونَ. وَزَعَمَ أَنَّهُ اْلأَمْرَ الْقَدِيمَ، وَتَعَلَّقَ بِفِعْلِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ، فَإِنَّ صَالِحًا مَوْلَى التَّوْأَمَةَ قَالَ: أَدْرَكْتُ النَّاسَ يَقُومُونَ بِإِحْدَى وَأَرْبَعِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ منْهَا بِخَمْسٍ.

“Dan pendapat yang dipilih di sisi Abu Abdillah yakni Imam Hanbali pada sembahyang tarawih itu 20 rakaat. Dan inilah juga pendapat Sufyan Ath-Thauri, Abu Hanifah dan Syafi’e. Imam Malik berkata ia 36 (rakaat). Beliau mendakwa ia adalah perkara yang lama dan menghubungkan pendapatnya dengan perbuatan penduduk Madinah. Berkata Soleh yaitu maula kepada At-Tau’amah : Aku mendapati orang ramai mendirikan tarawih sebanyak 40 rakaat dan melakukan witir 5 rakaat.” (Kitab Al-Mughni)

Imam Al-Bahuti Al-Hanbali menyebut :

وَهِيَ (عِشْرُونَ رَكْعَةً فِي رَمَضَانَ) لِمَا رَوَى مَالِكٌ، عَن يَزِيدٍ بْنِ رُومَانَ، قَالَ: كَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ فِي زَمَنِ عُمَرَ فِي رَمَضَانَ بِثَلاَثٍ وَعِشْرِينَ.

“Dan yaitu 20 rakaat pada sunat Ramadhan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Malik dari Yazid bin Ruman berkata: “Adalah manusia mendirikan sembahyang sunat Tarawih pada zaman Umar r.a. pada bulan Ramadhan dengan 23 rakaat.” (Kitab Kasysyaf al-Qina’)

Berkata Ibnu Taimiyah :

ثَبَتَ أَنَّ أُبَي بْنِ كَعْبٍ، كَانَ يَقُومُ بِالنَّاسِ عِشْرِينَ رَكْعَةً فِي رَمَضَانَ وَيُوَتِّرُ بِثَلاَثٍ فَرَأَى كَثِيرٌ مِنَ الْعُلَمَاءِ أَنَّ ذَلِكَ هُوَ السُّنَّةُ لأَنَّهُ قَامَ بَيْنَ الْمُهَاجِرِينَ وَاْلاَنصَارِ وَلَمْ يُنكِرُهُ مُنكِرٌ.

“Telah sabit sesungguhnya Ubay ibn Ka’ab r.a. telah mendirikan (sembahyang Tarawih) bersama sekelian manusia sebanyak 20 rakaat pada bulan Ramadhan dan dia sembahyang witir dengan 3 rakaat. Maka ramai orang melihat perbuatan itu adalah sebagai sunnah kerana bahwasanya dia mendirikannya di antara sahabat dari Muhajirin dan Ansar dan tidak ada seorangpun yang mengingkarinya.” (Kitab Al-Fatawa)

Tarawih 8 Rakaat

Sebahagian orang-orang yang kemudian mengamalkan bilangan rakaat tarawih dengan 8 rakaat. Ia adalah pandangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, Albani dan lain-lain.

Hukum Zikir Selepas Sembahyang Terawih

Hukum Zikir Selepas Sembahyang Terawih

Fatwa Mufti Negeri Mesir Syeikh Ali Juma’ah

أجازت دار الإفتاء المصرية أن يقوم المصلون بالذكر بين الركعات في صلاة التراويح في رمضان، مشيرة إلى أنه من المقرر شرعًا أن أمر الذكر والدعاء على السعة. وأضافت الدار في فتوى لها أن التسبيح بخصوصه مستحب عقب الفراغ من الصلاة وعقب قيام الليل؛ فقد أمر الله تعالى به في قوله: ﴿فَإِذَا قَضَيْتُمْ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَوْقُوتاً﴾ (النساء 103 )
وأوضحت الفتوى أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم كان يذكر الله عقب الوتر ويرفـع به صوته الشريف؛ فقد روى النسائي في سننه بإسناد صحيح: أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم كان يقرأ في الوتر بسبح اسم ربك الأعلى وقل يا أيها الكافرون وقل هو الله أحد، فإذا سلّم قال: (سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ) ثلاثَ مرات، زاد عبد الرحمن في حديثه: يرفع بها صوته.
وأشارت الفتوى إلى أنه من جهر بالتسبيح والدعاء فقد أصاب السُّنَّة، ومن أسَرَّ أيضًا فقد أصاب السُّنَّة؛ فالكل فعله رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم، ولا ينبغي أن نحجِّر واسعًا، بل الصواب ترك الناس على سجاياهم؛ فأيما جماعة في مسجد رأت أن تجهر فلها ذلك، وأيما جماعة أخرى تعودت على الإسرار فلها ذلك، والعبرة في ذلك حيث يجد المسلم قلبه، وليس لأحد أن ينكر على أخيه في ذلك ما دام الأمر واسعًا. وأوضحت الفتوى أن الأمر المطلق يستلزم عموم الأشخاص والأحوال والأزمنة والأمكنة؛ فإذا شرع الله تعالى أمرًا على جهة الإطلاق وكان يحتمل في فعله وكيفية أدائه أكثر من وجه، فإنه يؤخذ على إطلاقه وسعته، ولا يصح تقييده بوجه دون وجه إلا بدليل، وإلا كان ذلك بابًا من الابتداع في الدين بتضييق ما وسَّعَه الله ورسوله صلى الله عليه وآله وسلم.
وشددت الفتوى على أنه يجب على المسلمين ألا يجعلوا ذلك مثار فرقة وخلاف بينهم؛ فإنه لا إنكار في مسائل الخلاف، والصواب في ذلك أيضًا ترك الناس على سجاياهم فمن شاء جهر ومن شاء أسر؛ لأن أمر الذكر على السعة، والعبرة فيه حيث يجد المسلم قلبه.
المركز الإعلامي بدار الإفتاء المصرية 13/7/2014م

Artinya :

“Telah mengharuskan olih Darul Fatwa Negeri Mesir bahawa para jemaah sembahyang berzikir antara rakat-rakaat sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan. Sungguhnya ia adalah perkara yang berjalan pada syarak bahawa perbuatan berzikir dan berdoa adalah perkara yang diluaskan.

Darul Fatwa juga menyebut bahawa bertasbih secara khususnya disunatkan selepas selesai dari sembahyang dan selepas selesai sembahyang malam. Maka sungguhnya Allah telah memerintahkan dengannya pada firman-Nya :

فَإِذَا قَضَيْتُمْ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَوْقُوتاً

Artinya : :Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang maka berzikirlah kamu akan Allah ketika berdiri dan duduk dan ketika kamu berbaring. Maka apabila kamu telah berasa tenteram maka bangunlah mendirikan sembahyang. Sungguhnya sembahyang itu adalah ia atas orang yang beriman satu kewajipan yang diwaktukan.” (An-Nisaak : 103)

Dan telah menjelaskan olih fatwa bahawasanya Nabi saw adalah baginda berzikir kepada Allah selesai sembahyang witir dan mengangkat suara dengan zikir tersebut.

Maka sungguhnya Imam An-Nasaai telah meriwayatkan di dalam kitab Sunannya dengan sanad yang sahih adalah Nabi saw membaca pada sembahyang witir akan سبح اسم ربك الأعلى dan قل يا أيها الكافرون serta قل هو الله أحد .

Apbila baginda memberi salam baginda membaca سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ sebanyak tiga kali.

Abdurrahman dalam hadithnya telah menambahkan “Nabi meninggikan suaranya”.

Fatwa juga memberikan isyarat bahwa orang yang menguatkan bacaan tasbih dan doa sungguh ia telah melakukan hal yang sesuai dengan sunnah Nabi saw dan orang yang memperlahankan juga sesuai dengan sunnah.

Kerana semuanya pernah dilakukan oleh Rasulullah saw.

Tidak sepatutnya kita melarang perkara yang dilonggarkan tetapi yang benar adalah seseorang itu bolih meninggalkannya sesuai dengan kemahuan mereka.

Di mana saja jemaah masjid yang ingin menguatkannya maka boleh saja mereka melakukannya. Dan di mana saja jemaah lain yang telah terbiasa dengan perlahan maka boleh saja mereka melakukannya.

Yang menjadi pegangan dalam hal ini adalah menurut yang dirasakan senang pada hati seseorang. Tidak boleh bagi seorang pun mengingkari saudaranya dalam hal demikian selama perkara tersebut merupakan perkara yang diberi kelonggaran. Fatwa juga menerangkan bahwa perintah yang mutlaq melazimi kepada umum setiap manusia, keadaan, waktu dan tempat.

Apabila Allah mensyariatkan satu perintah secara mutlaq dan dalam hal mengerjakannya dan tatacara menunaikannya ada kemungkinan lebih dari satu cara maka perintah tersebut difahami atas itlak (tanpa kait) dan kelonggarannya. Tidak sah mengaitkannya dengan satu cara saja dan tidak boleh dengan cara yang lain kecuali dengan adanya dalil. Jika tidak maka hal demikian (mengaitkan perintah yang umum tanpa dalil) merupakan satu perbuatan bid’ah dalam agama dengan menyempitkan apa yang Allah dan Rasul-Nya telah memberi keluasan.

Fatwa menguatkan bahwa wajib atas kaum muslimin untuk tidak menjadikan hal ini sebagai sumber perpecahan dan perbedaan di antara mereka kerana tidak boleh mengingkari masalah khilafiyah. Yang benar dalam hal ini adalah membiarkan kaum muslim atas kesukaan mereka. Siapa yang ingin zikir kuat silakanlah dan siapa yang ingin zikir perlahan maka silakanlah. Kerana perkara zikir merupakan hal yang mendapat kelonggaran dan yang menjadi iktibar dalam hal ini adalah menurut bagaimana yang ditemukan hatinya.” (Dar Ifta` al-Misriyah)

Membaca Selawat Ketika Sembahyang Terawih

Membaca Selawat Ketika Sembahyang Terawih

Fatwa Negeri Mesir

كما أن الصلاة والسلام على النبي صلى الله عليه وآله وسلم من أفضل الأعمال قبولا عند الله تعالى، كما أنها تفتح للأعمال أبواب القبول فهي مقبولة أبدًا، وكما أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم هو شفيع الخلق فالصلاة عليه شفيع الأعمال، وقد أمر الله تعالى بها أمرًا مطلقًا في قوله سبحانه وتعالى: ﴿إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا﴾ [الأحزاب: 56]، والأمر المطلق يقتضي عموم الأمكنة والأزمنة والأشخاص والأحوال، فمن ادعى -بلا دليل- أنها مُحَرَّمةٌ في وقت من الأوقات فقد ضيَّق ما وسَّعه الله تعالى؛ لأنه قيَّد المطلَق وخصَّص العامَّ بلا دليل، وهذا في نفسه نوع من أنواع البدعة المذمومة.

artinya :

“Sebagaimana bahawa selawat dan salam atas Nabi saw adalah setengah dari amal-amal yang terafdhal diterima di sisi Allah dan sebagaimana ia juga adalah pembuka bagi segala amal dan segala pintu makbul maka ia adalah amalan yang diterima selamanya.
Dan sebagaimana bahawa Nabi saw ialah penolong bagi sekelian mahkluk maka selawat atas Nabi adalah penolong bagi segala amal.
Dan sunguhnya Allah telah memerintahkan dengan selawat sebagai perintah yang mutlak pada firman-Nya Taala :

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sungguhnya Allah dan para malaikat berselawat atas Nabi maka wahai orang-orang yang beriman selawat dan salamlah kamu atasnya dengan sebaik-baiknya.” (Al-Ahzab : 56)

Suruhan yang mutlak menunjuk atas umumnya tempat dan masa dan seseorang dan kelakuan-kelakuan. Maka siapa yang tanpa dalil mendakwa bahawasanya selawat (pada sembahyang terwaih) adalah diharamkan pada satu waktu dari segala waktu maka sungguhnya dia telah menyempitkan suatu yang diluaskan olih Allah Taala. Kerana bahawasanya mengkaitkan perkara mutlak dan menghususkan yang umum tanpa dalil maka ia merupakan satu jenis dari bidaah yang dicela.”

(Dar Ifta` al-Misriyah)

Kesimpulan :

– Siapa yang mengamalkan berselawat antara rakaat-rakaat sembahyang sunat terawih dengn berdalilkan perintah Allah yang umum suruh berselawat maka dia adalah benar dan hasil baginya pahala.

– Siapa yang tidak berselawat antara rakaat-rakaat terawih juga adalah benar dan sembahyangnya adalah sah kerana berselawat ketika itu bukan satu kewajipan.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

– Siapa yang beriktikad wajib berselawat ketika sembahyang terawih maka dia adalah salah kerana tiada dalil yang mewajibkannya.

– Siapa yang melarang dan mengharamkan berselawat antara rakaat-rakaat terwaih adalah salah kerana melarang suatu yang diharuskan secara umum.

Wallahua’lam

FP UAI Original

20 Amalan Puasa Bulan Ramadhan Untuk Dapat Tiket VIP Syurga Allah – Ustaz Azhar Idrus 2016

https://www.youtube.com/watch?v=v-m5zpdI9dY

Gallery for Lengkap Ilmu Sembahyang Terawih