Nafkah Isteri atau Ibubapa Lebih Penting dan Perlu di Dahulukan

Nafkah Isteri atau Ibubapa Lebih Penting dan Perlu di Dahulukan
Soal :

Antara isteri dan ibu bapa kepada siapakah diberi nafaqahnya terlebih dahulu?

Jawab :

Berkata Imam Nawawi :

فإذا اجتمع على الشخص الواحد محتاجون ممن تلزمه نفقتهم نظر إن وفى ماله أو كسبه بنفقتهم فعليه نفقة الجميع قريبهم وبعيدهم وإن لم يفضل عن كفاية نفسه إلا نفقة واحد قدم نفقة الزوجة على نفقة الأقارب

Artinya : “Maka apabila berhimpun atas seorang yang memerlukan daripada orang-orang yang wajib ia tanggung belanja nafaqah mereka maka hendaklah dilihat jika cukup hartanya atau usahanya dengan belanja mereka itu maka wajib atasnya memberi mereka semua belanja keluarga yang dekat dan yang jauh.
Dan jika tiada lebih hartanya atas yang diperlukan untuk dirinya melainkan untuk seorang jua maka didulukan belanja isterinya atas keluarganya yang lain.” (Kitab Raudhah At-Thalibin)

Tersebut pada Kitab Hasyiah Bujairimi :

نَفَقَةُ الْقَرِيبِ وَالْمُرَادُ بِهِ الْأَصْلُ وَالْفَرْعُ وَلِأَنَّ نَفَقَةَ الزَّوْجَةِ أَهَمُّ مِنْ نَفَقَةِ الْقَرِيبِ مِنْ جِهَةِ أَنَّهَا تُقَدَّمُ عَلَيْهَا

Artinya : “Yang dikehendaki dengan belanja nafaqah qarib (keluarga terdekat) ialah ibu bapa dan anak cucu. Dari kerana nafaqah isteri lebih utama daripada belanja keluarga terdekat dari sisi bahawa isteri itu didulukan atas keluarga.”

Kesimpulan :

– Wajib suami memberi nafaqah kepada isterinya samada isterinya kaya atau miskin.

– Jika suami mempunyai ibu bapa dan saudara mara yang miskin maka jika suami itu kaya maka wajib ia memberi belanja kepada ibu bapanya dan semua saudara maranya yang miskin itu.

– Jika ibu bapanya kaya maka tidak wajib suami memberi belanja kepada mereka tetapi sunat hukumnya.

– Jika suami hanya mampu memberi belanja kepada salah seorang antara isteri dengan ibu bapanya maka didulukan memberi belanja kepada isterinya.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam

Mana yang Harus Didahulukan Suami, Menafkahi Istri atau Ibunya?

error: Content is protected !!