Orang Yang Pertama Masuk Syurga

Orang Yang Pertama Masuk SyurgaOrang yang pertama yang akan masuk ke dalam syurga Allah di hari akhirat nanti adalah Nabi Muhammad saw. Kerana baginda adalah pemimpin yang paling tinggi mengatasi semua pemimpin2 dan kerajaan2 yang pernah ada di dunia ini..

Dalilnya :

Dari Anas bin Malik ra, Nabi saw pernah berkata :

آتِي بَابَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَأَسْتفْتِحُ ، فَيَقُولُ الْخَازِنُ : مَنْ أَنْتَ؟ فَأَقُولُ : مُحَمَّدٌ ، فَيَقُولُ: بِكَ أُمِرْتُ لَا أَفْتَحُ لِأَحَدٍ قَبْلَكَ

artinya : Aku akan mendatangi pintu syurga pada hari kiamat nanti lalu aku minta supaya dibukakan.

Maka berkata penjaga pintu syurga “Siapa kamu?”

Jawabku : “Muhammad.”

Kemudian penjaga itu berkata, “Aku diperintahkan untuk membuka pintu ini bagi mu. Aku tidak akan membukanya bagi sesiapa pun sebelum kamu.”

Juga dari Anas bin Malik ra, Nabi saw bersabda,

أَنَا أَكْثَرُ الأَنْبِيَاءِ تَبَعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَنَا أَوَّلُ مَنْ يَقْرَعُ بَابَ الْجَنَّةِ

artinya : “Akulah Nabi yang paling banyak pengikutnya di hari kiamat. Dan akulah orang yang pertama kali mengetuk pintu syurga.”

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

اللهم صل على محمد وعلى أزواجه وذريته كما صليت على إبراهيم ، وبارك على محمد وعلى أزواجه وذريته كما باركت على إبراهيم ، إنك حميد مجيد

Manusia Pertama yang Masuk Surga di antara Umat Nabi Muhammad – Ustadz Khalid Basamalah

error: Content is protected !!