Pemerintah Yang Zalim Adalah Untuk Rakyat Yang Zalim

Pemerintah Yang Zalim Adalah Untuk Rakyat Yang Zalim

23 views

Pemerintah Yang Zalim Adalah Untuk Rakyat Yang Zalim

Hari ini di seluruh dunia hampir semua pemimpin dan pemerintah sama ada dari kalangan Muslim atau non Muslim naik berkuasa melalui pilihanraya.Iaitu melalui pengundian yang dilakukan olehrakyat.Mana mana pemimpin yang mendapat lebih undi samada dia itu seorang yang baik atau jahat, dia lah naik jadi pemerintah untuk Negara tersebut.Bererti dalam sistem pemilihan ideologi barat berasaskan demokrasi terbuka, rakyat lah yang menentukan samada mereka mahu memilih pemimpin dan pemerintah yang baik atau yang jahat.

Realiti nya apa yang kita lihat, di peringkat persatuan, jemaah, parti,kampong, daerah, negeri ,negara dan dunia seperti PBB & IOC yang naik adalah pemimpin yang jahat atau yang kurang baik.Walhal bukan tidak ada pemimpin yang baik baik.Tetapi pemimpin yang baik tidak terpilih.

Apa sebab nya? Sebab majoriti rakyat dunia hari ini sudah tidak baik.Kalau adapun mereka kaum minoriti. Mana boleh pemimpin yang baik naik kalau majoriti rakyat yang mengundi jahat jahat belaka? Pada logik akal ada benarnya.

Contoh, rakyat yang penipu akan pilih pemimpin yang penipu. Rakyat yang perasuah akan pilih pemimpin yang rasuah. Rakyat yang perompak akan memilih pemimpin yang perompak (merompak harta rakyat). Rakyat yang kaki maksiat yang suka ketempat maksiat akan pilih pemimpin yang serupa perangai macam dia. Sudah tentu dia tak akan pilih pemimpin yang berkopiah dan berserban yang kaki masjid .
Benar kata kata ulama bahawa “pemerintah yang jahat adalah untuk rakyat yang jahat”.

Sesuai dengan firman Allah yang :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰٓ ءَامَنُوا۟ وَاتَّقَوْا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكٰتٍ مِّنَ السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ وَلٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذْنٰهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ ﴿الأعراف:٩٦﴾

Artinya : “Jika sekiranya penduduk (rakyat) sesebuah negeri/negara itu benar benar baik (bertaqwa), pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi tetapi mereka telah mendustakan ayat ayat Kami maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka sendiri” ( Surah Al’Araaf ayat 96).

Maka kalau rakyat sesebuah Negara mempunyai pemerintah yang jahat maka kena kembalikan persoalan ini kepada rakyat .Siapa yang memilih pemimpin dan pememerintah yang zalim itu?

Wallahualam. FP UAI original

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim – Ustaz Azhar Idrus

https://www.youtube.com/watch?v=Q-Fj39sA-Gs