Rasuah Pilihanraya adalah Haram dan di Laknat Allah

Rasuah Pilihanraya adalah Haram dan di Laknat Allah

16 views

Rasuah Pilihanraya adalah Haram dan di Laknat Allah
Sudah menjadi kebiasaan apabila menjelang pilihanraya ada calun yang mewakili parti yang bertanding memberi wang kepada pengundi supaya para pengundi mengundi mereka dalam plihanraya yang diadakan.

Perbuatan ini adalah haram dan dilaknat olih Allah dan bukan daripada ajaran Islam. 

Siapa yang melakukannya adalah termasuk golongan yang tidak takut kepada Allah, tidak beragama dan bukan dari umat Nabi Muhammad saw.

Berkata Syeikh Ahmad Khatib Ulama Mesir :

ولذلك فإن الرشوة حرام وسحت إلى يوم القيامة، وعملية شراء الأصوات، حرام شرعًا، بل خسة وانحطاط، وتدمير للأخلاق

وحين بعث رسول الله صلى الله عليه وسلم عبد الله بن رواحة رضي الله عنه إلى اليهود، ليقدر ما يجب عليهم في نخيلهم من خراج، فعرضوا عليه شيئًا من المال، يبذلونه له، فقال لهم “فأما ما عرضتم من الرشوة، فإنها سُحت وإنا لا نأكلها” رواه الترمذي

ويقول الحق سبحانه : وَلا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

وأجمع العلماء والفقهاء على تحريمِ هذه الأعمال ولعن من يتصف بها، كما حرم الإسلام على جميع المسلمين والمسلمات، سلوك هذا الطريق، كما حرم عليهم أن يقبلوا الرشوة إذا بذلت لهم، وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “لعنة الله على الراشي والمرتشي” رواه أحمد والترمذي.

Artinya :

“Dan kerana demikian itulah maka sungguhnya rasuah adalah haram dan dosa sampai hari kiamat. Dan perbuatan jualbeli undi adalah haram pada syarak bahkan sangat keji yang meruntuhkan akhlak.

Dan ketika mengutus Rasulullah saw akan Abdullah bin Rawahah r.a. kepada masyarakat yahudi untuk memungut cukai maka orang-orang Yahudi telah memberinya sejumlah harta. Maka berkata Abdullah bin Rawahah r.a. : Maka harta yang kamu datangkan ini ialah rasuah. Maka sungguhnya ia adalah haram dan kami tidak memakan yang haram.” Riwayat Tirmizi.

Kemudia dibaca akan firman Allah :

وَلا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Artinya : “Dan janganlah kamu makan harta setengah kamu dengan cara batil supaya kamu berikan kepada hakim-hakim untuk kamu makan harta-harta manusia dengan cara dosa sedangkan kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 188)

Dan telah ijmak olih para ulamak dan fuqahak atas haram perbuatan ini dan dilaknat siapa yang melakukannya. Dan sepertimana syarak telah mengharamkan atas sekelian umat Islam lelaki dan perempuan amalan ini sama sebagaimana mereka diharamkan mengambil harta rasuah.

Rasulullah saw bersabda :

لعنة الله على الراشي والمرتشي

Artinya :”Telah melaknat olih Allah akan pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Hadith Ahmad & Tirmizi)”

Nasihat Buat Parti Yang Bertanding Dan Para Pengundi.

Takutlah kepada Allah dan hiduplah sebagai orang yang mempunyai agama dan nilai seorang manusia. Jangan sampai sanggup hidup dilaknat dan berdosa sepanjang hayat dan di akhirat mendapat azab.

Kesimpulan :

– Rasuah pilihanraya atau membeli undi dengan wang adalah haram dosa besar.

– Mengambil harta atau wang rasuah pilihanraya akan menyebabkan segala amal solih tidak diterima olih Allah swt.

– Calun yang memberi rasuah adalah fasiq dan haram menyokongnya kerana bukan seorang yang amanah.

– Siapa yang memakan harta yang haram maka tempat duduknya di akhirat ialah neraka.

– Wajib bertaubat dengan segera dan menjadi orang Islam yang baik.

Sumber :

FP UAI Original

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Duit Yang Diberi Kerajaan Ketika Hampir Pilihanraya..Adakah Ia Rasuah Politik? – Ustaz Azhar Idrus

https://www.youtube.com/watch?v=XyNFS_S6LWQ