Rukun dan Cara Solat Sunat Taubat Paling Mudah

Solat Sunat Taubat Paling MudahDaripada Abu Bakar r.a. katanya :

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ” ما من عبد يذنب ذنباً فيُحسِنُ الطهور ثم يقوم فيصلي ركعتين ثم يستغفر الله إلا غفر الله له ” ثم قرأ هذه الآية {وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ (آل عمران : الآية 135)

artinya : “Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : “Tiada seorang hamba pun yang telah melakukan satu dosa lalu dia bersuci dengan elok kemudian dia bersembahyang dua rakaat dan kemudian dia beristighfar kepada Allah melainkan Allah akan mengampunkan dosanya.

Kemudian Nabi saw membaca ayat dari Al-Quran :

“Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan atau menzalimi akan diri mereka sendiri lalu mereka pun ingat akan Allah maka segera mereka memohon keampunan akan dosa-dosa mereka itu. Tiada yang bolih mengampunkan segala dosa melainkan Allah. Dan mereka tidak berkekalan melakukan kejahatan dosa lalu itu sedangkan mereka sudah mengetahui (kesalahan mereka itu).” (Al-Imran : 135) (Hadith Abu Daud)

Rukun taubat ada tiga

1. Berhenti melakukan kejahatan dan dosa
2. Menyesal melakukannya.
3. Bercita-cita uuntuk tidak mengulanginya lagi.

Jika dosanya ada berkait dengan maruah orang atau harta orang maka ditambah satu lagi rukun yaitu meminta halal kepada orang yang dizaliminya dan memulangkan harta yang dizaliminya. Jika dosa meninggal kewajipan agama seperti solat atau puasa maka qadhalah kewajipan tersebut.


Cara Solat Sunat Tuabat

  • Semasa takbiratul ihram diniatkan di dalam hati “Aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala”
  • Dikerjakan dua rakaat seperti solat sunat yang lain dan bolih dibaca surah selepas membaca fatehah pada setiap rakaat dengan surah yang kita suka samaada surah yang pendek atau surah yang panjang..
  • Bolih beristighfar dalam sujud selepas membaca tasbih sujud jika dia kehendaki.
  • Bolih juga dia berdoa memohon keampunan selepas membaca tahyat dan sebelum meberi salam.
  • Selepas memberi salam banyakkan membaca istighfar.
  • Sekurang-kurangnya membaca أستغفر الله berulang-ulang kali.
  • Dan sangat elok jika di baca Sayyidul Istighfar yaitu :

    اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ
    artinya : Ya Allah. Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan selain Engkau. Engkaulah yang menjadikan aku. Sedangkan aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam gengganman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-Mu sekuasa aku. Aku mohon berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

  • Bacalah sayyidul istoighfar ini sebanyak yang kita mampu sambil hati mengingatkan dosa-dosa yang telah dilakukan dan biarlah dengan penuh pengharapan bahawa Allah akan mengampunkan kita.
  • Jika terulang semula dosa maka bertaubtlah kembali dan ulangilah solat sunat taubat.
  • Bolih dilakukan solat sunat taubat ini berulang kali dan lebih banyak adalah lebih baik.

Ayuh semua yang berdosa, penfitnah, pembunuh, perompak, pencuri, penjudi, penzina, penipu, pengkhianat harta negara dan seumpamanya dari segala macam pelaku kemunkaran kita bertaubat kepada Allah. Allah amat sayang kepada orang-orang yang bertaubat dan kembali ke jalan-Nya.

wallahua’lam. FP UAI Original

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Bagaimana Nak Buat Solat Sunat Taubat? – Ustaz Azhar Idrus

Panduan Video Solat Sunat Taubat

error: Content is protected !!