Sebutan Perkataan Ulama dan Imam Mahdi dalam Al Quran

Sebutan Perkataan Ulama dan Imam Mahdi dalam Al Quran

16 views

Sebutan Perkataan Ulama dan Imam Mahdi dalam Al QuranSoal :

Seorang telah berkata kita tidak perlu memuliakan para ulama kerana perkataan ulama tidak ada disebut di dalam Quran. Yang wajib bagi kita ialah memuliakan Imam Mahdi kerana nama Imam Mahdi disebut di dalam Quran.

Apakah bernar apa yang dikatakan olihnya dan jika tidak benar maka apakah hukum berkata seperti itu?

Jawab :

Perkataan orang ini adalah batil, dusta dan menyesatkan orang ramai.

Perkataan ulama عُلَمَاء disebut di dalam Quran sebanyak dua kali yaitu :

أَوَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ آيَةً أَنْ يَعْلَمَهُ عُلَمَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ

Surah Asy-Syu’ara’ ayat : 197

dan

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

Surah Fathir ayat : 28

Manakala perkataan Imam Al-Mahdi الْمَهْدِيُّ tidak ada disebut di dalam Quran.

Sudah terjawab bahawa perkataan orang yang berkata perkataan ulama tidak disebut di dalam Quran manakala perkataan Imam Mahdi disebut di dalam Quran adalah perkataan yang dusta.

Dusta atas nama Al-Quran adalah dosa yang sangat besar dan orang tersebut adalah fasiq dan sesat.

Rasulullah saw memberi amaran bahawa berkata-kata tentang Quran tanpa ilmu adalah menempah tiket masuk neraka.

من قال في القرآن برأيه – وفي رواية: من غير علم – فليتبوأ مقعده من النار

رواه الترمذي

Artinya : “Siapa berkata-kata pada Quran dengan kepala otaknya dengan ketiadaan ilmu tafsir maka sedialah tempat duduknya di dalam api neraka.” (Hadith Tirmizi)

Perkataannya yang mengatakan tidak perlu memuliakan para ulama juga adalah batil, sesat dan terpesong.

Telah berlaku ijmak atas wajib memuliakan para ulama dengan perintah dari Allah dan Rasul.

Firman Allah :

يَرْفَعِ اللهُ الَّذِينَ آمَنُوْا مِنكُمْ وَ الَّذِينَ أْوتُوا اْلعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Artinya : Allah akan memuliakan orang-orang yang beriman dan memuliakan orang-orang yang mempunyai ilmu dengan beberapa pangkat” (Al-Mujadilah : 11)

Jelas pada ayat ini Allah menyatakan bahawa para ulama adalah mulia. Maka perkataan yang mengatakan tidak perlu memuliakan para ulama adalah menentang Allah swt. Siapa yang menentang Allah adalah maka dia adalah sesat dan menyeleweng.

Sabda Rasulullah saw :

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ

Artinya : “Sungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi“
Hadith Imam Abu Daud & Tirmizi

Pada hadith ini Rasulullah saw memberikan kemuliaan yang sangat tinggi kepada para ulama sehingga Rasulullah saw menyatakan para ulama adalah orang-orang yang mewarisi para Nabi. Tidak ada disebutkan pada orang lain tentang mewarisi para Nabi melainkan para ulama.

Kesimpulan Mengenai Sebutan Perkataan Ulama dan Imam Mahdi dalam Al Quran

– Perkataan ulama disebut dua kali di dalam Quran.

– Siapa yang berkata perkataan ulama tidak disebut di dalam Quran maka dia adalah tersangat jahil dan perkataannya itu adalah sesat kerana bercanggah dengan kebenaran. Tidak harus mengikut orang tersebut kerana jelas dia sudah sesat dari kebenaran.

– Tidak ada disebut perkataan Imam Mahdi di dalam Quran dan hanya ada disebut di dalam hadith.

– Menambah sesuatu dalam Quran padahal ia tidak ada adalah menyebabkan jadi kafir.

– Memandai-mandai berkata tentang Quran adalah haram dan berdosa dan ditakuti tempat kembalinya nanti ialah neraka.

– Wajib memuliakan para ulama dan mengikuti para ulama kerana mereka mengganti tugas para Nabi memandu manusia untuk berjalan di atas jalan agama.

– Memuliakan Imam Mahdi sahaja dan tidak memuliakan para ulama adalah bukan dari ajaran agama Islam.

– Ulama dan Imam Mahdi sama-sama dimuliakan olih umat Islam.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

– Belajarlah dengan cara yang betul yaitu berguru secara talaqqi dengan para ulama.

Wallahua’lam. FP UAI Original

Firasat Ulama Sebelum 2027 Israel Tamat Kemenangan Umat Islam Bersatu Tentera Imam Mahdi Akhir Zaman