Siapakah Manusia Terbaik Pada 2 Zaman

Siapakah Manusia Terbaik Pada 2 ZamanHadith Musnad Imam Syafi’e

عن أبي هريرة قال : – قال رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وسلم : ” تَجِدُونَ النَّاسَ مَعَادِنَ فَخِيَارُهُمْ في الجَاهِلِيِّةِ خِيَارُهُمْ إِذَا فَقُهُوا

artinya :

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda olih Rasulullah saw :

“Kamu akan dapati manusia itu bernilai. Maka yang terbaik mereka itu pada zaman jahiliyah adalah yang terbaik mereka itu apabila mereka mempunyai ilmu pengetahuan.”

Hadith Musnad Imam Sayfie

Faedah Hadith :

– Sebaik-baik makhluq ciptaan Allah adalah manusia.

– Islam tidak menghalang kebaikkan manusia dan dengan Islam manusia yang bernilai akan bertambah nilainya seperti sahabat Umar bin al-Khattab r.a. dan seumpamanya.

– Kelebihan ilmu pengetahuan dengan sebab ilmu manusia menjadi maju dan tanpanya manusia akan mundur.

– Tinggi atau rendahnya nilai manusia ialah dengan ilmu pengetahuan.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Ustaz Azhar Idrus Terbaru – Siapa Sahabat Nabi Ketika Akhir Zaman

error: Content is protected !!