Solat Jamak & Qasar Mengikut Panduan Cara Lengkap dan Soal Jawab

Solat Jamak & Qasar Mengikut Panduan Cara Lengkap dan Soal Jawab

Solat Jamak & Qasar adalah satu keringanan atau rukhsah yang diberikan kepada semua umat Islam. Tetapi ada syarat dan perkara yang perlu kita ketahui. Secara asasnya, Solat Jamak dan Qasar hanya boleh dilakukan untuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak sahaja. Jamak bermaksud menghimpunkan 2 waktu solat dalam satu waktu. Jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takhir. Jamak Taqdim ialah menghimpunkan 2 waktu solat dalam waktu pertama

Contoh Jamak Taqdim ialah Solat Zuhur dan Asar dihimpunkan dalam waktu Zuhur dan Solat Maghrib dan Isyak dihimpunkan dalam waktu Maghrib. Manakala Jamak Takhir ialah menghimpun dua waktu solat dalam waktu yang kedua iaitu solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar serta solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak. Rasanya jelas kan part ni?

Qasar pula bermaksud memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat. Maknanya, qasar tak ada untuk Solat Maghrib dan Subuh. Hanya untuk solat Zuhur, Asar dan Isyak. Ok, dah faham secara ringkasnya? InsyaAllah kita akan lebih details lagi tentang solat jamak dan qasar ini selepas ini.

Solat Qasar

Pengertian Solat Qasar

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yangempat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Hukum Solat Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

Berapakah Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 91 kilometer.

Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (91 kilometer / 56 batu).

iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.

iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).

v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Contoh Lafaz Niat Solat Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

Solat Jamak

Pengertian

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii. Jamak Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Syarat Solat Jamak

Solat Jamak Taqdim

i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.

ii. Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

iii. Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.

iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Solat Jamak Ta’khir

i.Hendaklah berniat jamak dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Contoh Niat

Niat Jamak Taqdim

i. Jamak Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jamak Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Niat Jamak Takhir

i. Jamak Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jamak Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Niat Solat Jamak Paling Mudah – Ustaz Azhar Idrus

Infografik Mengenai Panduan Solat Jamak & Qasar

Infografik Mengenai Panduan Solat Jamak & Qasar Infografik Mengenai Panduan Solat Jamak & Qasar Infografik Mengenai Panduan Solat Jamak & Qasar Infografik Mengenai Panduan Solat Jamak & Qasar

Mudah bukan? Infografik yang ringkas ini diambil dari perkongsian dari laman facebook. Semoga ianya dapat disebarkan insyaAllah.

Panduan Musafir dari JAKIM untuk Solat Jamak & Qasar

Panduan Musafir dari JAKIM untuk Solat Jamak & Qasar

Apakah itu Solat Jamak?

Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:

 1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Apakah Syarat Solat Jamak?

Untuk Solat Jamak Taqdim :

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.

2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Untuk Solat Jamak Takhir

1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Bagaimana Cara dan Contoh Niat Solat Jamak ?

Untuk Jamak Taqdim :

1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Untuk Jamak Takhir

1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Persoalan Tentang Tempoh Masa di Bolehkan untuk Solat Jamak dan Qasar

 

Soalan

  1. Berapa harikah tempoh dikira mukim?
  2. Jika saya mengambil pandangan tempoh dikira musafir ke suatu tempat yang melebihi 2 marhalah, adalah 5 hari termasuk hari pergi dan balik, dan dalam tempoh itu, saya mengerjakan solat jamak qasar. Adakah saya perlu bergegas keluar dari kawasan tersebut pada hari ke 6 ? (kerana ada pandangan mengatakan jika kita tidak keluar, maka batallah/ tidak sahlah solat2 yang kita lakukan dalam tempoh musafir tersebut kerana telah di kira bermukim.
    Terima kasih.

Jawapan;

1. Mukim bermaksud menetap di sesuatu tempat. Orang yang dianggap bermukim tidak lagi diharuskan melakukan solat secara qasar dan jamak kerana keduanya itu hanya diharuskan untuk orang yang musafir sahaja.

2. Menurut mazhab Syafiie, apabila seseorang itu berniat untuk menetap di sesuatu tempat melebihi empat (4) hari, maka ia menjadi mukim dan tidak harus ia melakukan jamak dan qasar sebaik ia tiba di tempat tersebut sehinggalah ia keluar darinya nanti.

Sebagai contohnya, saudara bermastautin di Perlis, kemudian bermusafir ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan dari Perlis ke Kuala Lumpur, harus saudara melakukan solat secara jamak dan qasar. Apabila tiba di Kuala Lumpur, sekiranya saudara berniat untuk menetap di Kuala Lumpur melebihi 4 hari (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar), saudara tidak harus lagi melakukan jamak dan qasar. Maksudnya, sepanjang tempoh saudara di Kuala Lumpur itu, saudara hendaklah mengerjakan solat fardhu secara sempurna dan mengikut waktunya. Hinggalah apabila saudara keluar dari Kuala Lumpur untuk pulang atau meneruskan perjalanan ke tempat lain, barulah boleh melakukan qasar dan jamak semula.

3. Sekiranya saudara berniat untuk menetap di Kuala Lumpur itu dalam tempoh kurang 4 hari, contohnya 2 hari atau 3 hari (tidak termasuk hari tiba dan hari akan keluar), harus saudara melakukan jamak dan qasar sepanjang 2 atau 3 hari tersebut.

4. Sekiranya saudara tidak mengetahui berapa lama akan tinggal di Kuala Lumpur itu, tetapi berniat akan segera pulang sebagai sebaik urusan selesai (yakni saudara menunggu-menunggu urusan selesai untuk segera pulang), menurut mazhab Syafiie; saudara harus melakukan jamak dan qasar hingga 18 hari (tidak termasuk hari tiba dan hari akan keluar). Ini jika saudara tidak mengetahui urusan itu akan mengambil masa lebih 4 hari. Sekiranya saudara sememangnya mengetahui urusan itu akan mengambil masa lebih 4 hari, maka ia kembali kepada yang pertama tadi iaitu tidak harus saudara melakukan qasar dan jamak kecuali hari tiba dan hari keluar sahaja.

5. Sekiranya saudara tiba di Kuala Lumpur dan saudara tinggal tanpa berniat berapa hari dan tidak pula menunggu-nunggu urusan selesai, saudara boleh melakukan jamak dan qasar, namun bila genap 4 hari saudara di situ, tidak harus lagi melakukan jamak dan qasar. Maksudnya, status saudara sebagai musafir tamat apabila genap 4 hari saudara tinggal di Kuala Lumpur itu.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

6. Jika pada peringkat awal saudara berniat untuk tinggal kurang dari 4 hari, kemudian mengubah niat untuk tinggal lebih 4 hari, dengan berubah sahaja niat itu tidak harus lagi saudara melakukan jamak dan qasar. Begitu juga, jika setelah beberapa hari tinggal di Kuala Lumpur itu saudara teragak-agak antara terus tinggal atau pulang, tidak harus lagi melakukan jamak dan qasar.

Maksud niat dalam kupasan di atas ialah apa yang ada dalam hati kita sebaik kita tiba di suatu tempat. Bagi program yang berjadual sebagai contohnya, apabila saudara memutuskan dalam hati untuk mengikuti jadual itu, itu menunjukkan niat saudara untuk tinggal di situ dengan mengikut jadual yang diatur. Sebagai contohnya, saudara menghadiri suatu kursus di Kuala Lumpur dan saudara mengetahui kursus itu akan memakan masa hingga 1 minggu, maka dengan memutuskan untuk mengikuti jadual kursus tersebut saudara telah berniat untuk bermukim di Kuala Lumpur selama seminggu. Dengan niat itu, saudara tidak harus lagi melakukan jamak dan qasar sepanjang kursus tersebut kecuali pada hari saudara tiba dan hari pulang nanti.

Merujuk kepada soalan kedua di atas, apakah perlu bergegas keluar apabila tamat tempoh keharusan melakukan jamak dan qasar? Dan benarkah jika tidak keluar semua solat yang dilakukan tidak sah?. Jawapannya; Berdasarkan penelitian saya, tidaklah begitu. Saudara hanya perlu menyedari/mengetahui berapa hari yang diharuskan saudara melakukan jamak dan qasar berdasarkan kaedah yang dijelaskan tadi. Selepas hari tersebut jika saudara terus tinggal di tempat tersebut, saudara tidak boleh lagi melakukan qasar dan jamak. Saudara tidaklah dituntut keluar dari tempat itu, hanya jangan lagi melakukan jamak dan qasar kerana tempohnya telah habis bagi saudara. Adapun jamak dan qasar yang lalu ia tetap sah kerana dilakukan ketika saudara masih dianggap musafir.

Himpunan Serta Panduan Solat Solat Jamak Dan Qasar

error: Content is protected !!