Solat Sunat Qabliyah Maghrib

Solat Sunat Qabliyah Maghrib

Dari Abdullah bin Mughaffal Al-Muzani r.a. Rasulullah saw telah bersabda :

صَلُّوا قَبْلَ صَلاَةِ الْمَغْرِبِ . – قَالَ فِي الثَّالِثَةِ -: لِمَنْ شَاءَ ، كَرَاهِيَةَ أَنْ يَتَّخِذَهَا النَّاسُ سُنَّةً

artinya : “Sembahyanglah kamu sekelian sebelum sembahyang fardhu maghrib – Rasulullah saw berkata sebanyak tiga kali dan pada kali yang ketiga baginda berkata “Bagi yang mahu.”
Kerana baginda tidak suka jika umatnya menjadikan itu sebagai suatu ketetapan. (Hadith Bukhari)

Dari Anas bin Malik r.a. telah menceritakan kebiasaan para sahabat r.a. ketika sudah masuk waktu maghrib :

كُنَّا بِالْمَدِينَةِ، فَإِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ لِصَلاَةِ الْمَغْرِبِ ابْتَدَرُوا السَّوَارِيَ، فَيَرْكَعُونَ رَكْعَتَيْنِ رَكْعَتَيْنِ، حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ الْغَرِيبَ لَيَدْخُلُ الْمَسْجِدَ فَيَحْسِبُ أَنَّ الصَّلاَةَ قَدْ صُلِّيَتْ، مِنْ كَثْرَةِ مَنْ يُصَلِّيهِمَا

artinya : “Kami dulu ketika di Madinah apabila muadzin melaungkan azan untuk solat maghrib, mereka (para sahabat) saling berlumba mencari tiang-tiang lalu mereka solat 2 rakaat. Sehingga ada orang asing yang masuk ke masjid untuk solat dia menyangka bahawa solat fardhu maghrib telah dilaksanakan dari kerana ramainya yang melaksanakan solat sunat sebelum maghrib.”(Hadith Muslim)

Dari Anas r.a. berkata :

لَقَدْ رَأَيْتُ كِبَارَ أَصْحَابِ النَّبِي صلى الله عليه وسلم يَبْتَدِرُونَ السَّوَارِي عِنْدَ الْمَغْرِبِ

artinya : “Sungguh aku melihat para sahabat Nabi saw yang terkenal saling berlumba mengejar tiang-tiang (untuk dijadikan tempat solat) ketika masuk waktu maghrib.” (Hadith Bukhari)

Menyebut Zir bin Hubaisy salah seorang tabi’in :

كان عبد الرحمن بن عوف ، وأبي بن كعب يصليان الركعتين قبل المغرب

artinya : Adalah sahabat Abdul Rahman bin Auf r.a. dan Ubay bin Ka’ab r.a. melakukan solat 2 rakaat sebelum maghrib. (Hadith Abdul Razzaq)

Keterangan

Solat sunat qabliyah maghrib termasuk dalam solat-solat sunat ghairu muakkad yang bermaksud tidak kuat tuntutannya.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

wallahua’lam. FP UAI Original

Solat Sunat Lepas/Sebelum Solat Fardhu Tanpa Niat Qabliyah/Ba’diyah – Ustaz Azhar Idrus

error: Content is protected !!