Solat Sunat Tasbih & Cara Melaksanakannya

Solat Sunat Tasbih & Cara MelaksanakannyaDinamakan solat ini sebagai solat tasbih kerana didalam solat ini dibacakan tasbih dan jumlahnya 300 kali.

Hukumnya adalah sunat dan tidak berdosa tidak mengerjakannya. Tetapi meninggalkannya adalah satu kerugian kerana solat adalah amalan yang paling baik manakala bertasbih adalah zikir yang sangat baik.

Antara kelebihan mengucapkan tasbih ialah :

1. Suatu hari Rasulullah saw ditanya apakah ucapan yang paling baik? Rasulullah saw menjawab :
“Yang dipilih olih Allah swt terhadap para malaikat Nya dan hamba Nya adalah ucapan : Subhanallahi wa bihamdihi” (Hadith Muslim)

2. Dalam satu hadith Rasulullah saw bersabda yg artinya :
“Ada dua kalimah yang keduanya ringan diucapkan pada lidah namun memberatkan timbangan amal dan keduanya disukai oleh Allah swt yaitu : Subhanallahi wa bi hamdihi subhanallahil azhim’ (Hadith Bukhari dan Muslim).

3. Dan dalam hadith yang lain Rasulullah saw bersabda yg maksudnya :
“Barangsiapa yang mengucapkan: Subhanallahi wa bi hamdihi 100 kali, maka Allah akan menghapuskan kesalahannya walaupun kesalahannya itu sebanyak buih dilautan’’ (Hadith Bukhari dan Muslim)

Harus dilakukan berseorangan dan harus pula dengan cara berjemaah.

Solat sunat tasbih bolih dilakukan pada waktu siang atau malam.
Sekiranya dikerjakan pada waktu siang hari maka afdhal dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam. Dan sekiranya dikerjakan pada waktu malam maka afdhal dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 kali salam.

Aturan Mengerjakannya

Dibaca tasbih sebanyak 15 kali di dalam qiam kemudian 10 kali di dalam rukuk kemudian 10 kali di dalam iktidal kemudian 10 kali di dalam sujud pertama kemudian 10 kali di dalam duduk antara dua sujud kemudian 10 kali di dalam sujud kedua kemudian 10 kali di dalam duduk istirehat sebelum naik ke rakaat seterusnya.

Manakala didalam rakaat yang ada tahyat dibaca sebelum tahyat atau selepas tahyat sebelum salam.

Jadi jumlah bilangan tasbih bagi setiap rakaat ialah 75 kali. Manakala jumlah bagi empat rakaat yang dikerjakan ialah 300 kali tasbih.

Jika tertinggal tasbih atau terkurang contohnya didalam qiam hanya membaca 14 kali tasbih, hendaklah dibaca yang tertinggal itu didalam rukuk maka jadilah tasbih didalam rukuk itu 11 kali.

Lafaz Tasbih Ialah :

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Doa Solat Tasbih

Elok dibaca doa berikut atau apa sahaja doa selepas selesai solat asalkan doa yang baik dan jika tidak dapat membaca doa dalam bahasa arab, bolih berdoa dengan bahasa yang diketahuinya.

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.

Maksudnya :

“Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon kepada Mu taufik sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan dan amalan seperti mana amalan ahli yakin dan Engkau jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman seperti mana orang-orang yang sabar dan takut kami seperti mana orang-orang yang sangat takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan kami memohon ibadah seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah, kami memohon kepada Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan derhaka sehinggalah kami beramal dengan taat kepada Mu dan sebagai amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan Mu dan sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada Mu dan juga sehingga kami benar benar2 ikhlas dan tawakal kepada Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangkaan terhadap Mu, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta cahaya.”

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Cara Solat Sunat TASBIH – Ustaz Azhar Idrus

Video Tutorial  How to perform Salatul Tasbih, Tasbeeh (Prayer of Forgiveness)

error: Content is protected !!