Solat Witir Dan Ramadhan

Solat Witir Dan Ramadhan

– Dinamakan solat witir sebab bilangan rakaatnya ganjil kerana witir itu maknanya ganjil.

– Hukum solat witir adalah sunat muakkad artinya yang sangat kuat tuntutan melakukannya dan siapa yang meninggalkannya tidak berdosa tetapi luput baginya pahala yang sangat banyak.

– Contoh niat solat witir ialah : Sahaja aku solat sunat witir kerana Allah Taala

– Syarat sah solat witir sama dengan syarat sah solat yang lain dan wajib padanya tumakninah.

– Solat witir sunat ke atas umat dan wajib ke atas Rasulullah saw sebagaimana sabdanya yang bermkasud : Tiga perkara diwajibkan ke atasku tidak diwajibkan ke atas kamu iaitu solat dhuha, berkorban haiwan dan solat witir. ( Hadith Al-Hakim & Ahmad daripada Ibn Abbas )

-Waktu solat witir ialah waktu solat isyak dan disyaratkan mestilah selepas mengerjakan solat isyak.

– Harus melakukan solat witir pada awal malam dan sebelum tidur tetapi melakukannya pada akhir malam atau setelah bangun dari tidur ditengah malam paling afdhal kerana hadith menyebut jika dikerjakan di akhir malam akan dihadiri olih para malaikat.

– Jika selepas solat terawih, imam melakukan solat witir berjemaah maka afdhal makmum ikut sama melakukannya kerana kelebihan berjemaah yang sememangnya lebih baik.

– Jika berada dimasjid untuk solat terawih maka harus dilakukan pula solat witir dimasjid yang sama dan harus pula jika dia ingin pulang melaukannya di rumah.

– Bagi para wanita yang tidak ke masjid, bolih lakukan solat witir dirumah.

– Jika seorang itu mahu melakukan banyak jenis solat pada waktu malam maka afdhal dibuat solat witir yang terakhir sekali kerana hadith :

اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ مِنَ اللَّيْلِ وِتْرًا

artinya : jadikanlah solat witir sebagai yang terkahir solat kamu ( Hadith Syeikhan )

– Solat witir bolih dilakukan dengan hanya 1 rakaat atau 3 atau 5 atau 7 atau 9 rakaat dan paling banyak ialah 11 rakaat.

– Sah dilakukan solat witir dengan 3 rakaat dan satu salam seperti solat maghrib tetapi afdhal dilakukan 3 rakaat dengan 2 kali salam.

– Jika hendak dilakukan solat witir sebanyak 5 rakaat, afdhal dengan 3 kali solat yaitu 2 rakaat dan salam kemudian 2 rakaat dan salam dan akhirnya satu rakaat dan salam. Begitu juga dikerjakan kalau lebih dari 5 rakat.

– Harus juga dilakukan solat witir sebanyak 11 rakaat dengan cara dikerjakan 10 rakaat 1 salam kemudian rakaat terakhir dengan satu salam.

– Sekurang2 afdhal ialah dikerjakan solat witir dengan 3 rakaat.

– Jika sudah dikerjakan solat witir pada awal malam, tidak bolih lagi dikerjakan witir pada akhir malam pada malam yang sama kerana hadith :

لا وتران في ليلة

Artinya : Tidak ada dua kali witir dalam satu malam.

Tetapi dia bolih kerjakan solat2 yang lain seperti solat tahajjud dan seumpamanya.

– Siapa yang tertidur atau terlupa solat witir pada malamnya, bolih diqadhanya selepas solat subuh atau pada waktu siangnya.

– Afdhal dibaca doa qunut dalam solat witir selepas separuh dari bulan Ramadhan dan harus jika dibacakan setiap kali solat witir kerana ada riwayat yang membenarkannya.

– Sunat diangkat tangan ketika membaca doa qunut dalam solat witir sebagaimana dalam solat subuh.

– Tempat membaca doa qunut dalam solat witir ialah selepas rukuk dan sebelum sujud rakaat yang terkahir.

– Antara doa qunut yang dibacakan dalam solat witir ialah :

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ، وَنَسْتَهْدِيكَ، وَنَسْتَغْفِرُكَ، وَنَتُوبُ إِلَيْكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ، وَنَتَوَكَّل عَلَيْكَ، وَنُثْنِي عَلَيْكَ الْخَيْرَ كُلَّهُ، نَشْكُرُكَ وَلاَ نَكْفُرُكَ، اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ، وَنَخْشَى عَذَابَكَ، إِنَّ عَذَابَكَ الْجِدَّ بِالْكُفَّارِ مُلْحَقٌ، اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنَا فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لَنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لاَ يَذِل مَنْ وَالَيْتَ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِعَفْوِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَبِكَ مِنْكَ، لاَ نُحْصَى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

artinya “Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami solat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang, kami sangat mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu bersangatan ke atas mereka yang kufur.

Ya Allah, berilah kami petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk. Selamatkanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau telah pelihara. Uruslah kami di antara orang-orang yang telah Engkau uruskan. Berkatilah kami dalam segala sesuatu yang telah Engkau berikan.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Jauhkanlah kami dari segala bahaya yang Engkau telah tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan. Sesungguhnya tidak akan jadi hina orang yang telah Engkau lindungi. Engkau wahai Rabb kami adalah Maha Mulia dan Maha Tinggi.”

wallahua’lam. FP UAI Original

Sudah Solat Witir Lepas Tarawih, Bila Nak Solat Tahajud Kena Solat Witir Lagi? – Ustaz Azhar Idrus

error: Content is protected !!