Taqwa : Menghimpun Segala Kebaikan

Taqwa : Menghimpun Segala Kebaikan

464 views

Taqwa : Menghimpun Segala KebaikanDalam sebuah Hadith ada menyebutkan:

جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال : يا نبي الله أوصني، فقال : “عليك بتقوى الله فإنه جماع كل خير، وعليك بالجهاد فإنه رهبانية المسلم، وعليك بذكر الله فإنه نور لك”

Seorang pemuda telah datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Wahai Rasulullah. Berilah nasihat (wasiat) kepadaku”.

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah s.w.t. kerana sesungguhnya ia (taqwa itu) penghimpun segala kebaikan. Hendaklah kamu keluar berjihad kerana ia merupakan kependitaan seseorang muslim. Hendaklah kamu berzikir kepada Allah s.w.t. kerana ia merupakan cahaya buatmu”. (Hadith riwayat Ibn Dhorris dalam Kanzul Ummal).

Saidina Ali r.a. berkata :

“Taqwa itu ialah, meninggalkan sikap bersenantiasa dengan maksiat, dan meninggalkan tipu daya dalam ketaatan.”

Dalam perkataan Saidina Ali k.r.w.j. ini, mengandungi makna yang menunjukkan bahawa, taqwa menghimpunkan seluruh kebaikan. Sesungguhnya, sifat taqwa itu dapat dicapai dengan meninggalkan maksiat, samda dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil, serta menjaga kualiti kehambaan dalam ketaatan dengan menunaika hak-hak Allah s.w.t. dalam ibadah kita.

Antara hak-hak Allah s.w.t. dalam ibadah seseorang adalah, keikhlasan dalam beribadah, kejujuran dalam ketaatan kepadaNya, mencintaiNya lebih dari segala-galanya, tidak mengharapkan selain daripada redha Allah s.w.t. dalam ketaatan dan seterusnya merasakan segala ketaatan yang telah dilakukan adalah anugerah daripada Allah s.w.t. kepada kita, bukan kerana daya upaya kita sendiri.

Imam Al-Waqidi berkata :

“Taqwa ialah, kamu menghiasi hati (sirr) kamu untuk Allah s.w.t. sepertimana kamu menghiasi zahir kamu di hadapan makhluk.”

Perhiasan hati itulah taqwa. Hal ini kerana, taqwa merupakan sebaik-baik pakaian kerana ianya berkaitan dengan hubungan seseorang dengan Allah s.w.t.. Sesungguhnya, kecantikan hati dengan ketaqwaan itulah yang meningkatkan kedudukan seseorang di sisi Allah s.w.t..

Wallahua’lam

sumber : http://rajamukhlis.blogspot.my

Mulianya Taqwa volume 1 – Ustaz Azhar Idrus

https://www.youtube.com/watch?v=4RHfQ8Rjteo

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”