Wajibkah Menyebut Nama Mayat Ketika Sembahyang Jenazah Ghaib

Wajibkah Menyebut Nama Mayat Ketika Solat Jenazah Ghaib

84 views

Wajibkah Menyebut Nama Mayat Ketika Sembahyang Jenazah Ghaib
Soal :

Wajibkah menyebut nama mayat ketika sembahyang jenazah yang ghaib?

Jawab :

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

ولا يجب تعيين الميت الحاضر باسمه كزيد وعمرو ولا معرفته كما في المحرر
وأما تعيينه الذي يتميز به عن غيره كأصلي على هذا، أو الحاضر، أو على من يصلي عليه الإمام فلا بد منه
أما الغائب فيجب تعيينه في الصلاة عليه بالقلب

Artinya : “Dan tiada wajib menentukan mayat yang hadir dengan namanya seperti si Zaid atau Umar dan tiada juga pengenalan khususnya sebagaimana pada kitab Al-Muharrar.

Dan adapun menetukan mayat yang terbeza dengan penentuan dengannya dari selainnya seperti niat aku sembahyangkan atas ini mayat atau mayat yang hadir ini atau atas mayat yang sembahyang atasnya olih imam maka tidak dapat tiada daripadanya.

Adapun mayat yang ghaib maka wajib menentukannya pada sembahyang yang dilakukan atasnya dengan hati.”

Sumber : Kitab Mughni Muhtaj ‘Ala Minhaj

Kesimpulan Mengenai Isu Wajibkah Menyebut Nama Mayat Ketika Solat Jenazah Ghaib

– Jika sembahyang jenazah yang hadir artinya jenazah ada di hadapan orang yang sembahyang maka tidak diwajibkan menyebut nama mayat ketika berniat tetapi sudah memadai niat atas mayat ini atau atas mayat yang disembahyangkan olih imam ini.

Contohnya :

Aku sembahyang atas mayat ini dengan empat takbir fardhu kerana Allah Taala.

atau

Aku sembahyangkan mayat yang disembahyangkan olih imam ini dengan empat takbir fardhu kerana allah Taala.

– Jika disebutkan juga nama mayat ketika berniat maka hukumnya adalah harus tetapi disyaratkan mesti betul nama mayat tersebut.

– Jika sembahyang atas mayat yang ghaib yaitu mayat tidak berada di hadapan orang yang sembahyang maka diwajibkan menyebut nama mayat tersebut.

Contohnya :

Aku sembahyang atas mayat sifulan dengan empat takbir fardhu kerana Allah Taala. Dan sah juga jika disebutkan pengenalan yang khusus kepada mayat ghaib yang disembahyangkan itu selain nama seperti menyebut pangkat nasabnya atau lain-lain yang memang tertuju kepada mayat tersebut.

Wallahua’lam. FP UAI Original

Ustaz Azhar Idrus – Cara Solat Jenazah Ghaib

Cara Solat Jenazah Ghaib

Solat ghaib adalah solat terhadap jenazah ahli keluarga atau saudara seagama yang meninggal di tempat yang jauh atau kepada jenazah yang telah dikebumikan tetapi tiada kesempatan bagi ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya.

Solat Ghaib sunah dilakukan ketika mendengar berita kematian seseorang walaupun masa meninggal dunia sudah berlalu sehingga sebulan. “Sesungguhnya Nabi telah melaksanakan solat di atas (berhampiran) kubur, sesudah sebulan lamanya.”

Mayat yang ghaib boleh disembahyangkan walaupun telah dikuburkan. Yang lebih utama menyembahyangkan mayat ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah.

Syarat solat jenazah

  • Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, suci daripada hadas kecil dan besar, menutup aurat dan mengadap kiblat.
  • Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama jika ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh)
  • Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan.
  • Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak mengetahuinya atau terlupa.

Cara Melaksanakan Solat Ghaib

Solat Ghaib boleh dilaksanakan secara bersendirian atau berjemaah. Cara melakukan solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa, cuma berbeza pada niatnya saja. Di dalam solat jenazah ghaib ini tidak terdapat rukuk, sujud, dan duduk tahiyyat hanya terdapat takbir dan salam. Iaitu semuanya dilaksanakan dalam keadaan berdiri, bermula dengan ‘Takbiratul Ihram’ dan berakhir dengan salam.

Niat Solat Ghaib :

Niat jenazah yang diketahui namanya

Niat jenazah yang diketahui namanya

Niat jenazah yang dikenali jantinanya

Niat jenazah yang dikenali jantinanya

Jika mayat yang ada itu ramai, lafaz niatnya adalah

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Jika mayat yang ada itu ramai, lafaz niatnya adalah

Solat Jenazah Ghaib Ringkas

  • Niat dan takbir pertama – Niat solat Jenazah, hendaklah dilintaskan dalam hati sewaktu ‘Takbiratul Ihram’ (Takbir Pertama)
  • Baca Al-Fatihah
  • Takbir Kedua
  • Membaca selawat
  • Takbir Ketiga
  • Membaca doa – Contohnya seperti doa ringkas berikut:

Doa Ringkas Solat Jenazah Ghaib

  • Memberi salam ke kanan dan ke kiri
  • Doa Selepas Solat Jenazah

Gallery for Wajibkah Menyebut Nama Mayat Ketika Solat Jenazah Ghaib