Amalan Bacaan Zikir Harian

Bacaan zikir harian

Zikir Harian – “Zikir” bererti “ingat” atau “sebut”. Di dalam agama Islam, ia bermaksud mengingati Yang Maha Esa dengan menyebut kalimah suci dan nama-nama Allah. Selain daripada ibadah lain seperti solat dan bersedekah, amalan zikir adalah satu amalan yang boleh memberikan banyak manfaat dan kelebihan kepada orang yang mengamalkannya; bukan sahaja pahala, malah juga hati yang tenang serta keimanan yang teguh.

Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud:

Daripada Abu Dzar berkata, lalu beliau bertanyakan kepada Nabi Muhammad ﷺ: “Sukakah Engkau (wahai Muhammad) untuk memberitahu ucapan apakah yang paling disukai Allah S.W.T.?”

Lalu Baginda menjawab: “Subhanallahi wabihamdih” (Maha suci Allah dan segala pujian bagi-Nya.)

Keutamaan Zikir Harian Nabi Muhammad SAW

Berikut ini terdapat keutamaan melakukan dzikir yang dijelaskan melalui firman Allah di dalam Al Quran dan sabda Rasulullah Saw di dalam hadits :

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.” (QS. Al Ahzab : 41-42)

“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) -Ku.” (QS. Al Baqarah : 152)

“Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” (QS. Al Jumu’ah : 10)

“Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, maka berzikirlah (dengan menyebut) Allah, sebagaimana kamumenyebut-nyebut (membangga-banggakan) nenek moyangmu, atau (bahkan) berzikirlah lebih banyak dari itu. Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia”, dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. 201- Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”.202- Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya.” (QS. Al Baqarah : 200-202)

“Aku tergantung pada persangkaan hambaKu. Dan Aku bersamanya jika ia mengingat Aku. Jika dia mengingatKu dalam hatinya, Akupun mengingatnya dalam HatiKu. Jika ia mengingatKu dalam suatu majelis, Akupun mengingatnya dalam suatu majelis yang lebih baik dari mereka. Dan jika ia mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Dan Jika ia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Dan jika ia mendekatiKu dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari.” (HR Bukhari, Muslim , Ahmad)

” Maukah kuberitahukan kepadamu suatu amalan yang paling baik dan paling suci disi Tuhanmu, dan paling menaikan derajatmu, dan lebih baik bagimu daripada menginfakan emas dan perak, serta lebih baik bagimu daripada berjuang melawan musuh, kamu membunuh musuh atau musuh membunuhmu ,” para sahabat menjawab “ya” Sabda beliau saw “ Dzikrullah” (HR Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah)

Zikir Harian Amalan Imam al-Ghazali

Berikut adalah zikir harian sepertimana yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali. Jadi, marilah kita bersama-sama mengamalkannya supaya kita akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Sebaik-baiknya, setiap zikir ini dibacakan sebanyak 1000 kali*. Namun begitu, anda tidak perlu terikat dengan bilangan ini kerana semakin banyak kali dibaca, In Sha Allah, lebih banyak pahala yang diberikan oleh Allah S.W.T.

*Sebenarnya, tidaklah sukar untuk menyempurnakan 1000 kali bacaan sehari. Anda boleh menggunakan kaedah pecahan iaitu melakukan 200 kali bacaan setiap kali selepas solat fardhu 5 waktu.

Zikir Hari Jumaat

Ya Allah

(Wahai Allah)

Fadhilatnya:

Anda akan diberikan nikmat dapat mengerjakan solat, mengekalkan keimanan, menjadi seorang yang berusaha; dan bagi wanita, akan merasakan senang dan suka untuk menutup aurat dengan baik.

Zikir Hari Sabtu

Zikir Hari Sabtu

Laa ilaha illallah

(tiada tuhan melainkan Allah)

Fadhilatnya:

Anda akan diberikan ketenangan jiwa.

Zikir Hari Ahad

Zikir Hari Ahad

Yaa Hayyu yaa qoyyum

(Wahai yang sentiasa hidup dan sentiasa kekal)

Fadhilatnya:

Kehidupan anda akan dipelihara oleh Allah.

Zikir Hari Isnin

Zikir Hari Isnin

Laa haula walaa quwwata illaa billa hil aliyyil ‘azim

(Tiada daya dan upaya kecuali dengan kurniaan Allah yang maha besar)

Fadhilatnya:

Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar Bukit Uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.

Zikir Hari Selasa

Zikir Hari Selasa

Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi wa’ala alihi wasohbihi wasallim

(Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad nabimu yang Ummi, dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabatnya dan ucapkan salam kepada mereka)

Fadhilatnya:

Anda akan diberikan rahmat oleh Allah dan mendapat syafaat Nabi Muhammad ﷺ di akhirat kelak.

Zikir Hari Rabu

Zikir Hari Rabu

Astaghfirullahal’azim

(Aku memohon keampunan kepada Allah)

Fadhilatnya:

Setiap kali sebutan akan menghapuskan satu titik hitam di dalam hati anda.

Zikir Hari Khamis

Zikir Hari Khamis

Subhanallahil azimi wabihamdih

(Segala puji bagi Allah yang maha besar dan segala puji bagi-Nya)

Fadhilatnya:

Akan dihapuskan dosa-dosa anda sebanyak buih di lautan. Setiap kali disebut akan tertumbuh 1 pohon di taman syurga untuk sesiapa yang mengamalkannya.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Video Zikir Harian

Klik/tap butang “play” di video ini untuk mendengar bacaan zikir harian daripada kalimah-kalimah suci yang dapat menenangkan jiwa. Mudah-mudahan kita mendapat pahala meskipun dengan amalan mendengar. In Sha Allah.

Sumber : aliff.co

error: Content is protected !!